Utusan Borneo (Sarawak)

OKU lumpuh bukti kemampuan ‘tawan’ Bukit Taisho

-

JEMPOL: Meskipun mengalami lumpuh daripada paras dada ke bawah, namun seorang guru, Mohd Yusof Abdul Hamid membuktika­n kecacatan tidak menghalang­nya memandu kenderaan pacuan empat roda untuk mendaki Bukit Taisho, Bahau, di sini.

Mohd Yusof, 37, tidak pernah sekali pun melihat kekurangan dirinya sebagai penghalang untuk menggapai impian menempuh laluan mencabar ke bukit yang berketingg­ian kira-kira 700 meter dengan jarak 2 kilometer untuk ke puncak.

Guru agama Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, Bandar Seri Jempol itu berkata walaupun terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2011 sehingga menyebabka­nnya lumpuh, beliau tekad menjadikan kekurangan diri sebagai pembakar semangat dan dorongan untuk menjalani kehidupan seperti orang biasa.

“Sebelum lumpuh, saya sudah biasa memandu kenderaan pacuan empat roda, saya bersyukur masih mampu memandunya dan melakukan aktiviti lasak sehingga berjaya menawan puncak Bukit Taisho.

Memandu kenderaan pacuan empat roda untuk ke puncak Bukit Taisho bukanlah mudah kerana ia memerlukan kekuatan fizikal bagi menghadapi kesukaran laluan jalan yang curam untuk sampai ke destinasi,” katanya kepada Bernama selepas menyertai ekspedisi pendakian itu, kelmarin.

Ekspedisi menaiki pacuan empat roda ke Bukit Taisho itu julung kali dianjurkan Raja Bersiong Adventure Team dengan kerjasama Kelab Kembara Bukit Taisho dan disertai 16 orang kurang upaya (OKU) lumpuh daripada Persatuan OKU Fizikal Negeri Sembilan serta Persatuan Insan Istimewa Daerah Jempol.

Penulis turut mengikuti program itu dan berpeluang menaiki kenderaan Kia Sportage dipandu Mohd Yusof yang cekap mengendali­kan kenderaann­ya ketika melalui laluan berbukit, berbatu dan curam dengan hanya mengambil masa kira-kira 45 minit untuk ke puncak.

Kenderaan dipandunya diubah suai pada pedal minyak dan brek dan boleh dioperasi dengan tangan sementara transmisin­ya adalah automatik.

Mohd Yusof berkata sebanyak 10 kenderaan pacuan empat roda membawa peserta OKU dengan setiap seorang mempunyai pengiring.

Mengakui sedikit gementar berikutan kali pertama melakukann­ya, namun dengan semangat yang kental,

Mohd Yusof bersama pasukannya berjaya menawan bukit berkenaan bahkan berhasrat meredah hutan sekitar Negeri Sembilan bersama rakan OKU yang lain selepas ini.

Sementara itu, pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang juga Pengerusi Persatuan Insan Istimewa Daerah Jempol Mohd Fauzi Abdullah, 57, melahirkan rasa teruja kerana ia merupakan pengalaman pertamanya menawan puncak Bukit Taisho sejak lumpuh pada 2015.

“Saya minat aktiviti lasak, masuk hutan dan mendaki gunung namun setelah saya lumpuh daripada paras pinggang ke bawah akibat kemalangan motosikal, saya tidak dapat lagi melakukan aktiviti sedemikian.

Apabila diberi peluang untuk pergi ke puncak Bukit Taisho ia satu pengalaman berharga kerana saya dapat melihat sendiri keindahan pemandanga­n dari atas puncak bukit. Berkerusi roda bukan penghalang malah kita perlu bangkit daripada ujian ini dengan mencuba sesuatu pengalaman baharu,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIADA YANG MUSTAHIL: Seramai 16 peserta OKU lumpuh dari Persatuan OKU Fizikal Negeri Sembilan dan Persatuan Insan Istimewa Daerah Jempol bergambar selepas berjaya menawan puncak Bukit Taisho, Bahau di Jempol, kelmarin. Kekurangan yang ada pada diri bukanlah penghalang bagi peserta ekspedisi ini untuk memandu kenderaan pacuan empat roda ke Bukit Taisho dengan ketinggian kira-kira 700 meter serta jarak 1.7 kilometer untuk sampai ke atas puncak.
— Gambar Bernama TIADA YANG MUSTAHIL: Seramai 16 peserta OKU lumpuh dari Persatuan OKU Fizikal Negeri Sembilan dan Persatuan Insan Istimewa Daerah Jempol bergambar selepas berjaya menawan puncak Bukit Taisho, Bahau di Jempol, kelmarin. Kekurangan yang ada pada diri bukanlah penghalang bagi peserta ekspedisi ini untuk memandu kenderaan pacuan empat roda ke Bukit Taisho dengan ketinggian kira-kira 700 meter serta jarak 1.7 kilometer untuk sampai ke atas puncak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia