Utusan Borneo (Sarawak)

Old Trafford menjadi saksi permulaan hambar Man United

Tewas 3-1 di tangan Crystal Palace pada aksi pembukaan kempen EPL 20/21, Arsenal langkah kanan di Stadium Emirates

-

LONDON: Manchester United (MU) memulakan kempen mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan langkah kiri apabila Wilfried Zaha membantu Crystal Palace untuk mencatatka­n kemenangan 3-1 yang mengejutka­n di Old Trafford, manakala Arsenal menjaringk­an gol lewat menerusi pemain gantian Eddie Nketiah untuk menewaskan West Ham 2-1.

Pada hari penuh drama, Leeds menewaskan Fulham 4-3 untuk mencatatka­n kemenangan pertama mereka dalam liga utama sejak 2004 kelmarin dan Everton menduduki tempat teratas liga selepas Dominic CalvertLew­in menjaringk­an hatrik dalam kemenangan 5-2 ke atas West Brom yang bermain dengan 10 orang.

Pada hujung minggu kedua bagi kempen baharu, MU bermain buat pertama kali selepas diberi waktu rehat selama seminggu lagi disebabkan oleh pembabitan mereka pada peringkat selanjutny­a dalam Liga Europa pada musim lepas.

Tetapi pasukan Ole Gunnar Solskjaer yang lesu bermain jauh di bawah tahap terbaik mereka dan Palace mengambil kesempatan sepenuhnya hasil jaringan Andros Townsend pada minit ketujuh dan dua jaringan Zaha ke atas kelab lamanya.

Jaringan pertama Zaha menimbulka­n sedikit kontrovers­i apabila Video Pembantu

Pengadil (VAR) mendapati Victor Lindelof telah menyentuh rembatan Jordan Ayew walaupun bola itu ditendang dengan kuat ke arahnya dari jarak dekat.

David De Gea menyelamat­kan tendangan penalti Ayew, tetapi VAR campur tangan lagi untuk mengarahka­n tendangan diambil semula kerana penjaga gol MU telah keluar dari garisannya dan kali ini, Zaha menyempurn­akan tendangan.

Satu-satunya pemain yang ditandatan­gani MU pada musim percutian Donny van de Beek dimasukkan sebagai pemain gantian dan bekas pemain tengah Ajax itu mengurangk­an defisit dengan jaringan sulungnya pada minit ke-80.

Buat pertama kali dalam tempoh enam tahun, MU ditewaskan dalam perlawanan pembukaan liga mereka.

Ia ternyata permulaan yang menginsafk­an bagi MU, yang telah dikritik oleh penyokong yang kecewa dengan perbelanja­an perpindaha­n mereka yang agak kecil berbanding pencabar kejuaraan mereka.

Arsenal mengambil kesempatan ke atas peluang untuk membuka jurang enam mata dengan MU dalam perebutan untuk menduduki tempat empat teratas walaupun mereka sendiri mempamerka­n permainan yang buruk.

Alexandre Lacazette menanduk masuk gol pendahulua­n untuk pasukan The Gunners pada minit ke-25 daripada hantaran silang Pierre-Emerick Aubameyang.

Tetapi para pemain Mikel Arteta amnya didominasi pasukan The Hammers, yang berdepan dengan kritikan pedas ekoran kekalahan 2-0 kepada Newcastle di stadium sendiri pada hujung minggu pembukaan.

Michail Antonio menyamakan kedudukan sejurus sebelum waktu rehat dan nyaris meletakkan pasukan pelawat di depan apabila tandukanny­a melantun balik selepas terkena palang gol.

Tetapi Arsenal mengutip tiga mata penuh lima minit sebelum tamat apabila Dani Ceballos berjaya melepasi perangkap ofsaid West Ham dan melorongka­n bola kepada Nketiah untuk ditolak masuk.

Di Elland Road, Leeds yang naik ke liga utama terlibat dalam satu lagi pertemuan yang menarik dalam perlawanan pertama mereka di tempat sendiri dalam liga utama sejak 16 tahun lalu.

Selepas tewas 4-3 di kelab juara Liverpool pada hujung minggu pembukaan, Helda Costa meletakkan pasukan Marcelo Bielsa di depan pada minit kelima.

Penyerang Fulham, Aleksandar Mitrovic, menyamakan kedudukan menerusi tendangan penalti tetapi Leeds tidak lama kemudian meletakkan diri di depan dengan tendangan penalti mereka sendiri, yang disempurna­kan oleh Mateusz Klich.

Patrick Bamford dan jaringan cantik Costa seakan-akan sudah membantu Leeds untuk mencatatka­n kemenangan pertama mereka selepas mereka kembali ke liga utama setakat minit ke-60.

Tetapi Fulham mengurangk­an kurang dengan satu gol pada minit ke-62 menerusi Bobby DecordovaR­eid dan tandukan tinggi Mitrovic empat minit kemudian menyaksika­n finale yang tegang.

Perlawanan pembukaan Leeds sudah menyaksika­n 14 gol, jumlah terbanyak dalam dua perlawanan pertama bagi sebuah pasukan liga utama sejak Wolves pada 1962-63. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SAINGAN SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi Liga Perdana Inggeris di antara Man Utd dan Crystal Palace di Old Trafford, Manchester.
— Gambar AFP SAINGAN SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi Liga Perdana Inggeris di antara Man Utd dan Crystal Palace di Old Trafford, Manchester.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia