Utusan Borneo (Sarawak)

JDT semakin hampiri kejuaraan liga

-

KUALA LUMPUR: Pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) menghampir­i kejuaraan liga itu buat kali ketujuh berturut-turut, selepas membelasah Selangor 6-1 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, malam kelmarin.

Berbaki tiga perlawanan sebelum saingan musim ini berakhir, skuad Harimau Selatan itu hanya memerlukan satu mata untuk dinobatkan juara, sekali gus mencipta satu lagi sejarah baharu, jika Kedah tewas kepada Sabah pada aksi tertangguh Isnin ini.

Pesta gol JDT bermula pada separuh masa kedua perlawanan selepas 45 minit pertama menyaksika­n Selangor berjaya mengimbang­i perlawanan dengan baik, namun sepakan percuma yang diambil Muhammad Safawi Rasid pada penghujung babak pertama, meletakkan JDT 1-0 di hadapan.

Empat minit berselang selepas rehat Muhammad Safawi meledak gol kedua JDT selepas bijak menyempurn­akan sepakan penalti, sebelum skuad bimbingan Benjamin Mora itu selesa mendahului 4-0 hasil jaringan pemain import Diogo Luis Santo (minit ke-64) dan Gonzalo Cabrera (minit ke-67).

Selangor terus tertekan sehingga membenarka­n pemain muda Muhammad Ramadhan Saifullah Usman menjaringk­an dua gol pada minit ke-72 dan minit ke-75 sekali gus melengkapk­an malam gemilang JDT sebelum Rufino Segovia meledak gol sagu hati pasukan pelawat, pada minit ke-81.

JDT kini megah di takhta Liga Super dengan mengumpul 22 mata selepas lapan perlawanan, sementara Kedah

yang kekurangan satu aksi di tempat kedua berkongsi 13 mata bersama UiTM FC yang mengejutka­n Terengganu FC (TFC) 2-1 di Stadium UiTM, Shah Alam.

Victor Nirennold muncul wira UiTM FC selepas meledak gol kemenangan pada minit ke-59 selepas kedudukan terikat 1-1 hasil jaringan pembukaan Muhamad Arif Mohamed Anwar pada minit keempat dan gol penyamaan pasukan pelawat menerusi kapten Lee Andrew

Tuck pada minit ke-38.

Sementara itu, dua gol masing-masing daripada Endrik Dos Santos pada minit ke-45 dan Rafael Vitor Santos pada penghujung babak permainan memastikan kemenangan 2-1 milik Pulau Pinang yang mengatasi Kuala Lumpur pada aksi di Stadium Bandaraya.

Dalam pada itu, Perak II seri tanpa jaringan ketika melayani kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Majlis Perbandara­n Manjung. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RANCAK: Pemain JDT meraikan gol pada perlawanan Liga Super 2020 di antara pasukan JDT menentang Selangor di Stadium Sultan Iskadar, semalam.
— Gambar Bernama RANCAK: Pemain JDT meraikan gol pada perlawanan Liga Super 2020 di antara pasukan JDT menentang Selangor di Stadium Sultan Iskadar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia