Utusan Borneo (Sarawak)

Rennes berada di tangga teratas Ligue 1

-

RENNES: Adrien Truffert membuat penampilan sulungnya sebagai pemain gantian untuk menjaringk­an gol kemenangan dalam masa kecederaan dan meletakkan Rennes di tempat teratas Ligue 1 dengan kemenangan 2-1 ke atas Monaco kelmarin.

Truffert, 18, menjaringk­an gol kemenangan selepas dia membantu Steven Nzonzi menyamakan kedudukan setelah Wissam Ben Yedder terlebih dahulu memecah kebuntuan pada separuh masa pertama.

Jurulatih Monaco, Niko Kovac, membuat empat perubahan daripada kemenangan pada Ahad lalu ke atas Nantes dengan Ben Yeddder sebagai kapten pasukan.

Pemain pasukan The Bretons, Serhou Guirassy, mengekalka­n tempatnya di depan selepas dia menjaringk­an dua gol dalam kemenangan pada hujung minggu lepas di Nimes.

Ben Yedder membuka jaringan selepas 28 minit ekoran kekalutan pertahanan di dalam kotak penalti Rennes.

Sofiane Diop meledakkan tendangan selepas tendangan sudut Cesc Fabregas dan Ben Yedder menjaringk­an gol ekoran cubaan Steven Nzonzi untuk mengeluark­an bola.

Nzoni menebus kesilapan awalnya sembilan minit sebelum tamat.

Truffert, pemain pertahanan kiri, memecut di sebelah sayap dan bekas pemain tengah Blackburn dan Roma itu menanduk masuk gol penyamaan.

Ben Yedder digantikan tujuh minit sebelum tamat apabila pasukan pelawat cuba menamatkan perlawanan dengan satu mata.

Truffert pula ada rancangan lain, dan menjaringk­an gol kemenangan tidak sampai 70 saat selepas masa kecederaan diberikan dengan satu rembatan dari luar kotak penalti.

Lens yang baharu naik ke liga utama naik ke tempat ketiga dengan kemenangan 2-1 ke atas Bordeaux.

Pemain yang tiba pada musim panas, Ignatius Ganogo dan produk akademi Chelsea, Gael Kakuta, turut menjaringk­an gol sebelum Samuel Kalu menjaringk­an gol saguhati dalam masa kecederaan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GAYA MEMUKAU: Aksi perlawanan Ligue 1 di antara Rennes dan Monaco yang berlangsun­g di Stadium Roazhan Park di Rennes, Perancis.
— Gambar AFP GAYA MEMUKAU: Aksi perlawanan Ligue 1 di antara Rennes dan Monaco yang berlangsun­g di Stadium Roazhan Park di Rennes, Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia