Utusan Borneo (Sarawak)

WARGA EMAS HILANG KETIKA CARI SAYUR DIJUMPAI MATI

-

MIRI: Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika mencari sayur di semak berhampira­n jalan hospital dijumpai meninggal dunia, semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Law Poh Kiong berkata, mangsa Razaniee Tali, 72, dijumpai jam 11.10 pagi pada jarak 150 meter dari jalan raya.

“Mangsa berjaya dijumpai dalam jarak kira-kira 150 meter dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh unit anjing pengesan K9 PDRM bersama anggota bomba,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kehilangan mangsa dilaporkan anaknya selepas warga emas berkenaan tidak pulang ke rumah di Kampung Wireless selepas keluar mencari sayur pagi kelmarin.

Anak mangsa memberitah­u, kebiasaann­ya bapanya akan balik ke rumah pada tengah hari selepas mencari sayur.

Namun sehingga jam 5 petang kelmarin, mangsa disedari masih belum pulang ke rumah dan anaknya berusaha mencari bapanya di lokasi yang sering dituju untuk mencari sayur.

Bagaimanap­un, anak mangsa hanya menemui topi dan sayur yang ditinggalk­an di tepi semak.

Terdahulu, Pusat Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataann­ya memberitah­u, telah menerima panggilan daripada Balai Polis Pusat Miri kira-kira jam 11.25 malam kelmarin.

Operasi mencari mangsa diteruskan pagi semalam atas persetujua­n bersama keluarga mangsa selepas ditangguhk­an seketika membabitka­n anggota PDRM dan bomba serta ahli keluarga mangsa.

Radius pencarian sejauh 300 meter dan mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a selepas disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Miri.

 ??  ?? MENYEDIHKA­N: Mayat warga emas yang dijumpai dalam
semak berjaya dikeluarka­n anggota bomba semalam.
MENYEDIHKA­N: Mayat warga emas yang dijumpai dalam semak berjaya dikeluarka­n anggota bomba semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia