Utusan Borneo (Sarawak)

RM5j untuk seni, budaya

KM berharap bakat-bakat muda negeri ini dapat diasah, diketengah sehingga ke peringkat tertinggi

- Oleh Clare Cinderella

“Kita sudah ada saluran televisyen kita sendiri dan melaluinya kita boleh menayangka­n filem-filem pendek kita ke seluruh negara malah seluruh dunia kerana saluran televisyen kita ” dipancarka­n menggunaka­n satelit.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

MIRI: Kerajaan Negeri Sarawak memperuntu­kkan RM5 juta setiap tahun bagi merangsang serta membangunk­an bidang kesenian dan kebudayaan kalangan rakyat negeri ini.

Dengan suntikan dana RM5 juta itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berharap bakatbakat muda negeri ini dapat diasah dan diketengah­kan sehingga ke peringkat tertinggi.

Pada masa sama, beliau mahu dana itu dimanfaatk­an sebaik-baiknya untuk menghasilk­an filem-filem pendek berasaskan budaya negeri Sarawak melibatkan bakatbakat muda tempatan.

“Kita sudah ada saluran televisyen kita sendiri dan melaluinya kita boleh menayangka­n filem-filem pendek kita ke seluruh negara malah seluruh dunia kerana saluran televisyen kita dipancarka­n menggunaka­n satelit,” katanya pada jamuan malam sempena Mesyuarat Tiga Tahun Sekali Ke-16 SABERKAS di sini malam kelmarin.

“Dalam bidang nyanyian, kita ada Dayang Nurfaizah, dalam lakonan pula kita ada Henry Golding yang (ibunya) berasal dari Betong dan seorang lagi anak seni kita dari Sibu kini aktif dalam industri perfilemen di Hong Kong,” ujarnya.

Katanya, malah Sarawak turut melahirkan wanita cantik dinobatkan sebagai Miss World Malaysia (Ratu Cantik Dunia 2018) iaitu Larissa Ping dan terkini, Francisca Luhong memenangi Miss Universe Malaysia 2020 dan sebelum itu, Dewi Liana Seriestha memenangi Miss World Malaysia 2014 turut memenangi kategori bakat pada pertanding­an peringkat dunia.

Ini membuktika­n Sarawak tidak pernah kekurangan bakat-bakat seni dan budaya.

Abang Johari mengucapka­n tahniah kepada Presiden SABERKAS Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah atas pemilihan dan pelantikan beliau sebagai peneraju pertubuhan itu.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa SABERKAS berada di ‘tangan’ orang betul yang dapat memajukan dan membawa hala tuju belia di negeri ini ke satu tahap yang boleh dibanggaka­n.

Pada majlis itu, Abang Johari menyampaik­an Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) sejumlah RM11.931 juta kepada 336 penerima di bawah pelaksanaa­n Agro Bank serta RM2.535 juta di bawah Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) untuk 93 penerima dan Skim Pinjaman Industri

Kecil dan Sederhana (SPIKS) juga di bawah SEDC sejumlah RM23.359 juta kepada 278 penerima.

Beliau turut menyerahka­n dana untuk Program Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV) dan Graduan Ke Arah Keusahawan­an (GERAK) sejumlah RM3.197 juta melibatkan 188 peserta dan Program Peningkata­n Usahawan Bumiputera (PUTERA) sejumlah RM23,089 juta melibatkan 6,050 peserta daripada golongan belia seluruh negeri.

Terdahulu, Abdul Karim yang juga Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan merangkap Menteri Belia dan Sukan dalam ucapannya berkata pertubuhan itu pada mesyuaratn­ya sebelah siang (Sabtu lalu) menetapkan syarat ahli-ahli SABERKAS dilantik sebagai ahli jawatankua­sa eksekutif ialah berusia antara 16 hingga 40 tahun.

“Kami memutuskan dalam

mesyuarat dan kita mendapati mereka (ahli-ahli) mahu melihat exco terdiri daripada orang muda. Justeru, bagi anggota exco kita mengikuti garis panduan kerajaan menetapkan belia berumur 40 tahun ke bawah.

“Perkara ini telah dipersetuj­ui pada mesyuarat agung dan kita harus akur dan memaklumka­n kepada ROS (Jabatan Pendaftar Pertubuhan),” katanya sambil menambah, dengan perubahan syarat usia itu maka SABERKAS berada di laluan sama dengan belia-belia peringkat umur seluruh negara dan dunia.

Abdul Karim turut mengumumka­n peruntukan RM5,000 kepada semua cawangan SABERKAS yang berdaftar di negeri ini agar mereka dapat menjalanka­n pertemuan dan aktiviti dengan lancar.

“Selain peruntukan ini, anda (cabang SABERKAS) juga dapat meminta dana daripada wakil rakyat masing-masing. Ini untuk pembanguna­n belia di daerah mereka sendiri,” katanya.

Turut hadir Menteri Muda Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting dan Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) Datuk Liwan Lagang.

 ??  ??
 ??  ?? MANFAAT: Abang Johari (dua kanan) menyerahka­n SPIKS di bawah pelaksanaa­n SEDC berjumlah lebih RM23 juta kepada Ismandi Rambli yang mewakili 278 peserta terbabit sambil disaksikan Abdul Karim (kiri) dan yang lain.
MANFAAT: Abang Johari (dua kanan) menyerahka­n SPIKS di bawah pelaksanaa­n SEDC berjumlah lebih RM23 juta kepada Ismandi Rambli yang mewakili 278 peserta terbabit sambil disaksikan Abdul Karim (kiri) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia