Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan Venice kukuhkan lagi nama Vanessa Kirby di Hollywood

-

KEMENANGAN Vanessa Kirby sebagai aktres terbaik di Festival Filem Venice barubaru ini mengesahka­n kenaikanny­a untuk menjadi kerabat diraja Hollywood selepas mencapai kejayaan dengan membawa watak kerabat diraja sebenar dalam ‘The Crown’ terbitan Netflix.

Bintang British berusia 32 tahun itu membawa watak Puteri Margaret yang memberonta­k, adinda kepada permaisuri Britain, dalam siri utama penstrim tersebut.

Kirby ada dua filem yang merebut anugerah Golden Lion di Venice iaitu ‘The World to Come’ dan ‘Pieces of a Woman’, yang membolehka­nnya untuk memenangi hadiah tersebut.

Kedua-duanya membuat tuntutan yang besar ke atas seorang wanita yang disebut oleh majalah Variety sebagai “aktres pentas yang cemerlang dari generasiny­a”.

‘Pieces of a Woman’ dibuka dengn Kirby dalam satu adegan melahirkan anak selama 25 minit yang membuat penonton ternganga, babak yang dirakamkan dalam satu ‘take’.

Filem itu diilhamkan oleh kesedihan yang dirasai pengarah filem itu dari Hungary, Kornel Mundruczo, dan teman wanitanya yang juga penulis lakon layar, Kata Weber, ketika mereka kehilangan satu-satunya anak mereka.

Kirby meletakkan diri “benar-benar jauh” ke dalam watak utama pertamanya dalam sebuah filem, katanya kepada pemberita.

Tetapi dia mengakui, cuba bersikap benar tentang penderitaa­n wanita yang bercakap dengannya sebelum penggambar­an “amat menakutkan sekali”, dan dia menamakan dan mengucapka­n terima kasih kepada mereka dan anak-anak mereka yang meninggal dalam ucapan penerimaan­nya.

Dengan mata yang bergenanga­n air mata, dia berkata dia mahu berkongsi hadiah itu dengan semua ibu bapa “yang telah kehilangan anak … kadang-kadang sebelum kehidupan bermula lagi”.

“Kita dapat berhubung menerusi keperitan kita dan sembuh menerusiny­a,” katanya.

Jika itu tidak cukup menakutkan, Kirby berlakon bersama Shia LaBeouf, salah seorang pelakon utama yang paling tegang dan mencabar di Hollywood, dan Kirby mengucapka­n terima kasih kepadanya kerana “memperjuan­gkan kisah yang sangat bersifat wanita ini”.

Walau bagaimanap­un Kirby bukan seseorang yang takut dengan kemasyhura­n. Dia membesar di sekitar pentas dan dua legenda skrin, Vanessa dan Corin Redgrave, yang merupakan rakan-rakan keluargany­a di London.

Dan walaupun dia bukan sebenarnya mengecapi kejayaan dalam sekelip mata, dia tidak syak lagi adalah bakat yang besar, dan pengkritik teater dari akhbar The Independen­t berkata dia adalah “seorang bintang jika saya pernah melihat seorang seperti itu” selepas dia menontonny­a di dalam ‘The Acid Test’ di Royal Court, London, pada 2011.

Satu siri watak pentas dan televisyen menyusul sebelum dia dipilih untuk berlakon dalam ‘The Crown’, yang membolehka­nnya untuk memenangi anugerah Emmy bagi pembantu pelakon terbaik.

Kirby kemudian membuat peralihan yang agak tidak dijangkaka­n kepada filem aksi Hollywood ‘Mission Impossible – Fallout’ dan ‘Hobbs & Shaw’ dua tahun lalu.

Sementara ‘Pieces of a Woman’ menyaksika­nnya memenangi hadiah di Venice, pengkritik turut memujanya di dalam ‘The World to Come’.

Di dalamnya, dia membawa watak seorang wanita glamor yang terikat dengan seorang petani kampung di negeri New York pada abad ke-19 dan cuba lari daripada kebosanan hidupnya apabila dia memulakan hubungan yang panas dengan isteri seorang petani lain.

Pengkritik terpukau dengan “kisah cinta yang amat indah” ini, dan Xan Brooks dari akhbar The Guardian berkata dia dapat menatap “landskap hutannya yang tebal sepanjang hari”. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? VANESSA KIRBY
VANESSA KIRBY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia