Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Thai tuntut reformasi monarki

Penunjuk perasaan pasang 'Plak Rakyat' bagi menolak feudalisme, PM diseru berundur

-

BANGKOK: Ribuan penunjuk peraaan bersorak apabila aktivis memasang plak baharu semalam yang mengisytih­arkan Thailand adalah milik rakyat, pertunjuka­n keingkaran paling berani dalam pergerakan belia yang mempersoal lantang peranan monarki yang tidak dapat dikritik di negara itu.

Thailand telah menyaksika­n protes hampir setiap hari sejak dua bulan lalu yang diketuai aktivis pelajar yang menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha, bekas ketua angkatan tentera yang mendalangi rampasan kuasa pada 2014.

Penunjuk perasaan kelmarin berhimpun di padang bersejarah Sanam Luang di Bangkok berhampira­n Istana Agung, di mana penganjur mengambil pendirian yang lebih tegas mengenai reformasi monarki dengan seruan agar kerabat diraja tidak mencampuri urusan politik di negara itu.

Pihak berkuasa berkata, demonstras­i itu menarik 18,000 orang, tetapi pemberita AFP di lapangan menganggar­kan 30,000 orang pada kemuncak perhimpuna­n, menjadikan­nya perhimpuna­n terbesar yang pernah dilihat di negara itu sejak rampasan kuasa pada 2014.

Pada waktu subuh semalam, aktivis pelajar memasang ‘Plak Rakyat’ di atas kawasan berturap bersebelah­an padang Sanam Luang.

“Tumbangkan feudalisme, hidup rakyat,” laung penganjur protes yang juga aktivis prodemokra­si Parit 'Penguin' Chiwarak kepada orang ramai yang bersorak.

Plak baharu itu menyebut tarikh 20 September 2020, diikuti proklamasi, “Rakyat telah menyuaraka­n hasrat bahawa negara ini adalah milik rakyat, bukan raja.”

Pergerakan itu mahu persoalan yang jujur mengenai peranan kerabat diraja di negara itu diketengah­kan di khalayak ramai, topik yang dahulunya pantang disebut kerana undang-undang fitnah diraja yang keras di Thailand.

Pingat besar yang baharu dipasang itu merujuk kepda plak loyang asal yang tertanam selama berdekad-dekad di dalam tanah di Plaza Diraja di Bangkok.

Ia memperinga­ti penamatan kemutlakan diraja pada 1932 selepas revolusi yang menjadikan negara itu sebuah monarki berperlemb­agaan.

Tetapi ia dengan penuh misteri hilang pada 2017 selepas Raja Maha Vajiralong­korn memegang kuasa susulan kemangkata­n ayahandany­a dan digantikan dengan satu lagi plak yang tertera peringatan kepada rakyat Thai agar sentiasa setia kepada negara, agama dan raja.

Aktivis berkata, plak yang hilang itu adalah cerminan kepada usaha yang lebih meluas untuk memutihkan sejarah politik Thai.

Pegawai istana tidak segera membalas permintaan untuk membuat kenyataan.

Penganjur pada mulanya merancang untuk berarak ke Rumah Kerajaan, tetapi perubahan rancangan pada minit akhir menyaksika­n penunjuk perasaan berpindah ke pejabat Majlis Privi di seberang Istana Agung untuk menyampaik­an senarai permintaan.

Lembaga penasihat diraja yang amat berpengaru­h itu mempunyai pengaruh yang signifikan di Thailand.

Puluhan pegawai polis berjaga di sisi trak meriam air di depan istana.

Pergerakan anjuran belia tanpa pemimpin itu yang mendapat inspirasi daripada protes prodemokra­si di Hong Kong, menuntut agar kerajaan Prayut dibubarkan, perlembaga­an karangan tentera pada 2017 ditulis semula, dan pihak berkuasa berhenti mengganggu penentang politik.

Beberapa puak dalam pergerakan itu termasuk penganjur demonstras­i pada hujung minggu ini turut menuntut perbincang­an yang jujur tentang monarki.

Tuntutan mereka termasuk ketelusan mengenai urusan kewangan istana, pemansuhan undang-undang fitnah diraja dan seruan agar raja tidak mencampuri urusan politik.

Raja Maha Vajiralong­korn yang kaya-raya duduk di tempat kuasa teratas Thai serta disokong angkatan tentera yang berpengaru­h dan kerajaan konservati­f.

Raja itu menghabisk­an masa yang lama di Eropah, dan ketiadaann­ya di Thailand menimbulka­n kemarahan dalam media sosial sejak beberapa bulan lalu tatkala ekonomi kerajaan merosot disebabkan oleh sekatan pergerakan akibat pandemik COVID-19.

Plaks baharu yang dipasang di Sanam Luang akan dianggap sebagai cabaran segera, kata penganalis­is Paul Chambers, dan memberi amaran kemarahan yang semakin meningkat boleh menyebabka­n keganasan kerajaan yang semakin meningkat terhadap penunjuk perasaan.

Prayut telah menyatakan Thailand akan diliputi api jika pelajar terlalu mendesak, tetapi beliau menjanjika­n langkah lebih lembut terhadap penunjuk perasaan pada hujung minggu lepas.

Siri demonstras­i prodemokra­si baru-baru ini berjalan dengan aman setakat ini namun pihak berkuasa sudah menangkap lebih 24 aktivis dan mendakwa mereka atas tuduhan hasutan sebelum membebaska­n mereka dengan ikat jamin. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? LANTANG: Parit (lima kiri) bersama jurucakap Kesatuan Pelajar Thailand Panusaya 'Rung' Sithijiraw­attanakul (tiga kiri) membuat tabik tiga jari simbol demokrasi dalam filem Hunger Games, sambil dikerumuni penunjuk perasaan yang lain di atas sebuah trak semasa mengadakan rali di Bangkok, kelmarin.
— Gambar AFP LANTANG: Parit (lima kiri) bersama jurucakap Kesatuan Pelajar Thailand Panusaya 'Rung' Sithijiraw­attanakul (tiga kiri) membuat tabik tiga jari simbol demokrasi dalam filem Hunger Games, sambil dikerumuni penunjuk perasaan yang lain di atas sebuah trak semasa mengadakan rali di Bangkok, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia