Utusan Borneo (Sarawak)

BEKAS ADUN KEDUP FREDERICK BAYOI MENINGGAL DUNIA

-

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup Datuk Frederick Bayoi Manggie, 77, meninggal dunia di kediaman keluargany­a di Serian, semalam.

Isteri mendiang, Datin Diana Bernadette, 42, tahun ketika dihubungi meluahkan rasa yang teramat sedih kerana baharu sahaja merancang untuk membuat kejutan buat suami tersayang sempena hari lahirnya semalam.

“Beliau meninggal sekitar jam 8 pagi (semalam). Rasa sedih sebab saya mahu buat kejutan untuk hari lahir beliau hari ini (semalam).

“Tadi baharu sahaja memberitah­u ibu saya, mahu ke pasar untuk beli kek, terus naik ke atas dan tengok beliau telah tiada,” katanya kepada Utusan Borneo.

Sebelum ini, mendiang sering sakit dan kali terakhir beliau dimasukkan sebuah Hospital swasta di sini pada 19 hingga 22 Ogos untuk menjalani rawatan.

Bagaimanap­un, punca kematian mendiang Bayoi belum diketahui tetapi seorang Doktor telah dihubungi untuk menjalanka­n pemeriksaa­n terhadapny­a dan mengesahka­n bahawa beliau telah meninggal dunia.

DutaKhasPe­rdanaMente­ri ke Asia Timur (Jepun, Korea Selatan dan Taiwan) Dato Sri Richard Riot Jaem merupakan pelawat pertama ke kediaman keluarga mendiang Bayoi awal pagi semalam.

Riot menerusi laman Facebookny­a menyifatka­n kehilangan Bayoi amat dirasai bagi DUN Tarat dan Kedup selepas beliau berkhidmat selama lima penggal sebagai wakil rakyat. Beliau akan sentiasa dikenang atas kebaikan hatinya.

Mendiang juga telah berkhidmat dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selama 33 tahun, sebelum meletak jawatan pada 14 Januari 2016 kerana namanya tidak dicalonkan untuk kerusi Bukit Semuja.

Bayoi berkhidmat sebagai ADUN Kedup selama tiga penggal atau 15 tahun mulai 1996 hingga 2011, selepas dua penggal sebagai ADUN Tarat.

Jasad beliau akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kristian SDA, Air Manis di Serian sekitar jam 10 pagi, esok.

 ??  ?? MENINGGAL: Riot (berdiri, dua kanan) pelawat pertama melawat jasad mendiang Bayoi
yang dibaringka­n di ruang tamu di kediamanny­a di Serian. Turut kelihatan isteri mendiang, Diana (berdiri, tengah) meratapi
pemergian suami tersayang.
MENINGGAL: Riot (berdiri, dua kanan) pelawat pertama melawat jasad mendiang Bayoi yang dibaringka­n di ruang tamu di kediamanny­a di Serian. Turut kelihatan isteri mendiang, Diana (berdiri, tengah) meratapi pemergian suami tersayang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia