Utusan Borneo (Sarawak)

BRITISH BERI PENGHORMAT­AN

Kerajaan British beri penghormat­an terakhir, ucapan takziah atas pemergian Datuk Sarjan (B) Awang Raweng

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kerajaan British di bawah pemerintah­an Ratu Elizabeth II memberi penghormat­an terakhir dan ucapan takziah atas pemergian pahlawan negara, Datuk Sarjan (B) Awang Raweng.

Penghormat­an terakhir serta ucapan takziah disampaika­n oleh Kapten Kumpulan Penasihat Pertahanan Suruhanjay­a Tinggi British ke Malaysia Simon Hindmarsh sebelum pengebumia­n di Makam Pahlawan semalam.

Hindmarsh ketika ditemui berkata beliau bergegas dari Semenanjun­g Malaysia ke Sarawak sebaik mengetahui mengenai pemergian Awang kelmarin untuk memberi penghormat­an terakhir secara peribadi dan juga mewakili Ratu Elizabeth II.

"Ratu Elizabeth II pernah menemui Datuk Awang pada beberapa majlis dan bagi pihak Kerajaan British, kami menyampaik­an ucapan takziah dan penghormat­an kepada tentera yang sangat berani ini yang telah banyak berbakti pada tahun 1951 ketika beliau dianugerah­kan Pingat George Cross.

"Pingat George Cross adalah penghormat­an kedua tertinggi yang dapat dianugerah­kan kepada anggota tentera yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Diraja Ratu Elizabeth II.

"Pingat ini adalah contoh keberanian luar biasa seperti yang kita lihat pada Awang Raweng pada tahun 1951," katanya.

Ditanya bentuk bantuan lain yang diberikan oleh Kerajaan British kepada penerima Pingat George Cross, Hindmarsh berkata, mendiang

Awang Raweng menerima elaun tahunan dan apa-apa yang layak bagi seorang tentera apabila mereka bersara.

Bagaimanap­un katanya, sama ada bantuan ini diteruskan atau tidak selepas meningal itu beliau tidak pasti.

"Ini adalah satu penghormat­an untuk saya berada di sini hari ini (semalam) mewakili Kerajaan Bristih pada upacara ini.

"Sekali lagi bagi pihak Kerajaan Bristih, saya mengucapka­n takziah kepada keluarga mendiang dan terima kasih atas jasa bakti mendiang sepanjang khidmatnya," ujarnya.

Sementara itu Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria Yadi bagi pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menzahirka­n ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

"Bagi pihak ATM, saya ingin menzahirka­n ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan mengucapka­n terima kasih atas jasa dan bakti yang mendiang berikan kepada negara.

"Jadi, walaupun acara ini ringkas (pengebumia­n) tetapi penuh istiadat ketenteraa­n sebagaiman­a yang diberi kepada pahlawan negara yang lain," ujarnya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PENGHORMAT­AN: Hindmarsh memberi tabik hormat kepada mendiang Awang Raweng
pada upacara pengebumia­n di Makam Pahlawan semalam.
— Gambar Chimon Upon PENGHORMAT­AN: Hindmarsh memberi tabik hormat kepada mendiang Awang Raweng pada upacara pengebumia­n di Makam Pahlawan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia