Utusan Borneo (Sarawak)

Nenek dijumpai mati disyaki dibunuh cucu

Mangsa dijumpai tidak sedarkan diri di rumahnya dengan kesan luka di muka dan dagu

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Seorang warga emas wanita dijumpai mati disyaki dibunuh cucunya di sebuah rumah di Kampung Rampangi di sini pagi semalam.

Mangsa, Dara Mohamad, 66, dijumpai tidak sedarkan diri di kerusi dalam rumah terbabit sekitar jam 6.30 pagi dengan terdapat kesan luka di muka dan dagu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superin

tenden Merbin Lisa ketika dihubungi berkata, mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS) yang tiba di tempat kejadian.

Jelasnya, berikutan penemuan itu, seorang lelaki berusia 27 tahun yang merupakan cucu mangsa ditangkap bagi membantu siasatan kes tersebut.

Tambahnya, kejadian itu dipercayai berlaku antara jam 7.30 malam Ahad hingga 6.30 pagi semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati warga emas ini dibunuh antara jam 7.30 malam Ahad hingga 6.30 pagi (semalam)

Hasil siasatan awal mendapati warga emas ini dibunuh antara jam 7.30 malam Ahad hingga 6.30 pagi (semalam) yang dipercayai berlaku disebabkan perselisih­an faham antara mangsa dengan suspek berkaitan wang.

Superinten­den Merbin Lisa

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching

yang dipercayai berlaku disebabkan perselisih­an faham antara mangsa dengan suspek berkaitan wang,” katanya.

Merbin memberitah­u, akibat perselisih­an faham itu, suspek dikatakan menyerang mangsa menggunaka­n senjata tajam dipercayai pisau sebelum suspek bertindak melarikan diri.

Menurutnya, mangsa dijumpai saudara perempuann­ya sebelum memaklumka­n kejadian itu kepada bapa suspek dan menghubung­i polis.

Katanya suspek kemudianny­a berjaya ditangkap bapanya sendiri bersama penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis yang melakukan tangkapan semula terhadap suspek.

Dalam pada itu, Merbin berkata polis turut menjumpai pisau yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut.

“Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun

Keseksaan kerana membunuh,” tegasnya.

Selain itu katanya, suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgu­naan dadah.

Malah dedahnya, hasil saringan air kencing suspek juga didapati positif Methamphet­amine.

Mayat mangsa telah dibawa ke HUS untuk bedah siasat.

 ??  ?? KES BUNUH: Polis tiba di lokasi kejadian untuk menjalanka­n siasatan.
KES BUNUH: Polis tiba di lokasi kejadian untuk menjalanka­n siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia