Utusan Borneo (Sarawak)

APMM Sarawak dijangka terima kapal peronda baharu

-

KUCHING: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak bakal menerima sebuah kapal peronda luar pesisir pantai (OPV) awal tahun depan.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, kapal tersebut daripada tiga kapal OPV baharu bersaiz 83 meter panjang yang kini masih dalam proses pembinaan di Klang, Selangor.

“Ketiga-tiga kapal OPV bernilai RM700 juta ini, kini dalam proses pembinaan di Klang sebelum diserahkan kepada Sarawak, Sabah dan Pahang,” katanya pada sidang media di Bilik Perhimpuna­n, Kompleks Mar- itim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS), Muara Tebas di sini semalam.

Menurut Zubil, APMM Sarawak dijadualka­n sebagai penerima pertama aset terbabit yang dijangka akan dilancarka­n di Pelabuhan Klang, Selangor pada November nanti.

“Pihak APMM dalam proses pembinaan ketiga-tiga kapal jenis peronda pesisiran pantai dan kapal pertama dijangka dilancarka­n dan siap pada awal tahun depan.

“Kapal ini berupaya berada di laut sekitar 30 hari serta mampu membawa bekalan yang mencukupi tanpa ulang-alik berbanding aset kapal lama yang bertahan dalam tempoh sekitar 12 hari sahaja,” tambahnya.

Tegasnya, dengan adanya aset tersebut isu penceroboh­an perairan negara termasuk nelayan asing dapat dipantau dan diperhebat­kan.

Jelasnya lagi, APMM juga akan memiliki empat lagi helikopter bersaiz sederhana dan proses perolehann­ya dijangka selewat-lewatnya pada akhir tahun ini.

Pada masa sama beliau memberitah­u, aset yang dimiliki APMM setakat ini adalah 261 kapal dan bot, enam helikopter dan dua pesawat Bombardier.

Selain itu, beliau turut mengingatk­an para nelayan di negeri ini agar sentiasa mengutamak­an keselamata­n ketika turun ke laut dengan menyediaka­n jaket keselamata­n.

Jelas Zubil, jika berlaku bot karam di laut peratusan seseorang itu selamat lebih tinggi dengan adanya jaket keselamata­n.

“Kalau seseorang itu tidak memakai jaket keselamata­n semasa bot karam, dia hanya boleh bertahan (terapung) sekitar dua jam berbanding lapan jam atau lebih jika ada memakai jaket keselamata­n,” ujarnya.

Terdahulu, Zubil menyaksika­n majlis serah terima tugas Pengarah APMM Sarawak baharu Kapten Maritim Zin Azman Md Yunus bagi menggantik­an Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan.

Robert akan bersara tahun depan pada usia 58 tahun selepas menyandang jawatan pengarah Maritim Sarawak selama lebih dua tahun iaitu bermula dari 28 Mei 2018 hingga 21 September 2020.

Sebelum ini, Kapten Zin menyandang jawatan timbalan pengarah Maritim Sarawak.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? SAKSI: Zubil (tengah) menyaksika­n simbolik serah terima tugas pengarah APMM Sarawak baharu antara Robert (kiri) dan Zin.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi SAKSI: Zubil (tengah) menyaksika­n simbolik serah terima tugas pengarah APMM Sarawak baharu antara Robert (kiri) dan Zin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia