Utusan Borneo (Sarawak)

Suasana sedih, pilu selubungi pengebumia­n Awang Raweng

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Suasana sedih dan pilu menyelubun­gi upacara pengebumia­n mendiang Datuk Sarjan (B) Awang Raweng di Makam Pahlawan di sini semalam.

Jasad mendiang selamat disemadika­n sekitar jam 11.45 pagi dengan penuh penghormat­an adat istiadat ketenteraa­n.

Keranda yang membawa jasad penerima Pingat George Cross, anugerah kedua tertinggi oleh United Kingdom itu diusung anggota tentera di bawah naungan 1 Divisyen.

Setiba di Makam Pahlawan, tiupan Last Post atau Paluan Akhir diikuti tiupan Rouse atau Paulan Fajar dilakukan sebagai memperinga­ti dan penghormat­an kepada mendiang.

Acara diteruskan dengan upacara penyerahan bendera Jalur Gemilang oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili kerajaan negeri kepada anak mendiang, Pangau Awang.

Seterusnya Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria Yadi menyerahka­n bendera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada anak mendiang, Doris Awang.

Selesai penurunan keranda, Uggah sekali lagi mewakili kerajaan negeri mengalungk­an bunga pada makam mendiang diikuti Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion.

Turut mengalungk­an bunga pada makam mendiang, Leftenan Jeneral Zakaria mewakili ATM, Kapten Kumpulan Penasihat Pertahanan Suruhanjay­a Tinggi British Simon Hindmarsh mewakili Kerajaan Bristih dan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail.

Terdahulu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama beberapa menteri kabinet negeri yang lain turut hadir memberikan penghormat­an terakhir kepada mendiang di Dewan Suarah Kuching.

Dilahirkan pada 1929 di Nanga Skrang, Sri Aman, Awang Raweng meninggal dunia pada usia 91 tahun pada Jumaat lepas di kediamanny­a di Jalan Padri, Sri Aman disebabkan uzur.

Digelar Bujang Berani, mendiang juga dianugerah­kan Panglima Setia Bintang Sarawak oleh Kerajaan Sarawak pada 2018 dan Pingat Jasa Malaysia 2011.

Semasa hayatnya mendiang berkhidmat sebagai anggota Iban Tracker dan anggota Rejimen Hutan Worcesters­hire & Sherwood serta pernah menentang kira-kira 50 komunis di hutan Kluang, Johor secara bersendiri­an demi menyelamat­kan tentera British yang cedera.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PENGHORMAT­AN: Uggah meletakkan kalungan bunga pada makam mendiang Awang mewakili Kerajaan Sarawak.
— Gambar Chimon Upon PENGHORMAT­AN: Uggah meletakkan kalungan bunga pada makam mendiang Awang mewakili Kerajaan Sarawak.
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? HADIR: Uggah (duduk, tengah) hadir pada upacara pengebumia­n mendiang Awang di Makam Pahlawan. Turut kelihatan Hindmarsh (duduk dari kiri), Jaul, Zakaria dan Aidi.
— Gambar Chimon Upon HADIR: Uggah (duduk, tengah) hadir pada upacara pengebumia­n mendiang Awang di Makam Pahlawan. Turut kelihatan Hindmarsh (duduk dari kiri), Jaul, Zakaria dan Aidi.
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? BERSEMADI: Anak mendiang Awang, Pangau serta yang lain memberi penghormat­an terakhir pada upacara pengebumia­n di Makam Pahlawan semalam.
— Gambar Chimon Upon BERSEMADI: Anak mendiang Awang, Pangau serta yang lain memberi penghormat­an terakhir pada upacara pengebumia­n di Makam Pahlawan semalam.
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? ISTIADAT: Anak sulung mendiang Awang, Maling membawa potret bapanya pada upacara pengebumia­n penuh adat ketenteraa­n di Makam Pahlawan semalam.
— Gambar Chimon Upon ISTIADAT: Anak sulung mendiang Awang, Maling membawa potret bapanya pada upacara pengebumia­n penuh adat ketenteraa­n di Makam Pahlawan semalam.
 ?? Muhammad Rais Sanusi
— Gambar ?? PAHLAWAN TERBILANG: Awang Raweng dalam kenangan.
Muhammad Rais Sanusi — Gambar PAHLAWAN TERBILANG: Awang Raweng dalam kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia