Utusan Borneo (Sarawak)

Mendiang Bayoi pemimpin yang akan dikenang, dirasai pemergiann­ya: John

-

KUCHING:MendiangDa­tuk Frederick Bayoi Manggie merupakan seorang pemimpin yang akan dikenang dan dirasai pemergiann­ya oleh rakyat di Serian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus berkata beliau telah bertemu dengan pemimpin tersebut sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an untuk makan tengah hari bersama.

“Beliau kelihatan lemah, tetapi sentiasa menyebut bahawa dirinya menyokong penuh kepimpinan Sarawak hari ini dan negeri ini tidak harus jatuh ke tangan pihak yang salah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bahkan, sebelum penyertaan John dalam arena politik, mendiang telah banyak memberi tunjuk ajar dan sokonganny­a.

Mendiang Bayoi telah berkhidmat untuk rakyat di Serian selama lima penggal dan meninggal semalam secara kebetulan merupakan hari ulang tahun kelahirann­ya yang ke-77.

“Secara peribadi saya terasa amat sedih, beliau seperti seorang bapa dan kawan, ini merupakan sebuah kehilangan kepada rakyat di Serian. Mudah-mudahan ahli keluarga dapat menerima pemergiann­ya.

“Banyak kali beliau memberi sokongan kepada saya dan saya menghargai beliau sebagai wakil rakyat yang paling lama berkhidmat,” tambahnya.

Isteri mendiang, Datin Diana Bernadette, 42 tahun ketika dihubungi juga meluahkan rasa yang teramat sedih kerana baharu sahaja merancang untuk membuat kejutan buat suami tersayang.

Bayoi yang meninggal sekitar jam 8 pagi semalam di kediaman keluargany­a di Serian merupakan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selama 33 tahun, sebelum meletak jawatan pada 14 Januari 2016 kerana namanya tidak dicalonkan untuk kerusi Bukit Semuja.

Mendiang berkhidmat sebagai ADUN Kedup selama tiga penggal atau 15 tahun mulai 1996 hingga 2011, selepas dua penggal sebagai ADUN Tarat.

Jasad beliau akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kristian SDA, Air Manis di Serian sekitar jam 10 pagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia