Utusan Borneo (Sarawak)

Hidup berbaik-baik antara adik beradik dan anak cucu, pesan Awang

-

KUCHING: Hidup berbaik-baik antara adik beradik dan anak cucu. Itu pesanan terakhir Datuk Sarjan (B) Awang Raweng kepada anak-anaknya sebelum menghembus­kan nafasnya terakhir.

Doris Awang, 63, salah seorang daripada anak perempuan mendiang Awang Raweng berkata pesanan terakhir bapanya itu akan dipegang selamanya oleh mereka adik beradik.

“Tidak banyak pesanan yang ditinggalk­an kepada kami. Bapa cuma berpesan kepada semua kami sekeluarga untuk hidup berbaik-baik antara satu sama lain.

“Bapa juga berharap kami adik beradik berjaya dalam semua usaha,” katanya ketika ditemui selepas upacara pengebumia­n mendiang di Makam Pahlawan di sini semalam.

Doris yang tidak dapat menahan sebak turut berterima kasih kepada kerajaan negeri, ahli-ahli veteran dan semua yang terlibat dalam memastikan kelancaran upacara pengebumia­n mendiang bapa mereka.

Terharu dengan sumbangan dan pengiktira­fan yang diberikan kepada mendiang bapanya, Doris berkata budi baik itu tidak dapat dibalas oleh mereka sekeluarga.

“Terima kasih kepada semua yang telah bertungkus­lumus menguruska­n upacara ini untuk bapa kami.

“Kami tidak mampu membalas budi anda dan hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas budi anda semua,” katanya.

Doris merupakan salah seorang daripada anak mendiang Awang Raweng hasil perkahwina­n keduanya dengan Ipah Mawing.

Seorang lagi anak hasil perkahwina­n kedua, Punai telah meninggal dunia.

Perkahwina­n pertamanya dengan Jinap Minggu dikurniaka­n seorang anak lelaki bernama Maling yang kini berusia 72 tahun.

Manakala perkahwina­n terakhirny­a bersama Sema Nuli telah dikurniaka­n enam anak iaitu Menaul, 60, Kenyalang (meninggal dunia dua tahun lalu), Douglas, 53, Panggau, 52, Duke (meninggal dunia) dan Lily, 50.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PENGHORMAT­AN: Doris (kanan) dan abangnya Maling (dua kanan) ditemui Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika penghormat­an terakhir mendiang Awang Raweng di Dewan Suarah Kuching semalam.
— Gambar Chimon Upon PENGHORMAT­AN: Doris (kanan) dan abangnya Maling (dua kanan) ditemui Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika penghormat­an terakhir mendiang Awang Raweng di Dewan Suarah Kuching semalam.
 ?? Chimon Upon
— Gambar ?? SEDIH: Doris menahan sebak ketika ditemui pemberita di Makam Pahlawan selepas pengebumia­n mendiang bapanya Awang Raweng.
Chimon Upon — Gambar SEDIH: Doris menahan sebak ketika ditemui pemberita di Makam Pahlawan selepas pengebumia­n mendiang bapanya Awang Raweng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia