Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan bertolak ansur dengan pekerja terlibat rasuah

Ketua jabatan, ketua bahagian perlu tegas tanpa mengira pangkat, kedudukan dan status pekerja terbabit

- Oleh Marlinda Mardzuki

Saya percaya pembudayaa­n integriti dalam kalangan warga kerja adalah paling utama kerana ia merupakan batu asas dalam menyampaik­an perkhidmat­an berkualiti kepada masyarakat dan pihak-pihak yang

” berurusan dengan kementeria­n.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

Menteri Belia dan Sukan

KUCHING: Ketua jabatan dan ketua bahagian di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) diingatkan untuk tidak bertolak ansur terhadap mana-mana pekerja yang terlibat dengan rasuah.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, mereka perlu bersikap tegas tanpa mengira pangkat, kedudukan dan status dengan pekerja terbabit.

Tegasnya, setiap perlakuan rasuah yang berlaku dalam kementeria­n perlu dilaporkan kepada pihak pengurusan tertinggi dan pihak berkuasa berwajib.

“Saya percaya pembudayaa­n integriti dalam kalangan warga kerja adalah paling utama kerana ia merupakan batu asas dalam menyampaik­an perkhidmat­an berkualiti kepada masyarakat dan pihak-pihak yang beruKUCHIN­G: rusan dengan kementeria­n.

“Sama ada sedar atau sebaliknya, sikap jujur, amanah dan integriti sebenarnya menjadi nilai intrinsik yang menjadi tunjang dan pasak kemajuan ekonomi,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Integriti

dan Pelancaran Bengkel Pelan Anti-Rasuah Organisasi KBS Tahun 2020 di sini, semalam.

Mengambil contoh dalam perniagaan, Abdul Karim berkata, seorang peniaga yang jujur dan amanah akan mendapat kepercayaa­n daripada pelanggan yang membeli barangan yang dijual dan sememangny­a pelangan tersebut akan terus membeli daripada penjual tersebut.

“Begitu juga dengan kita sebagai penjawat awam, dengan sikap yang jujur, amanah serta tinggi integriti, kita tidak akan mudah terjeremus dalam masalah pecah amanah dengan makan rasuah daripada pihak luar.

“Saya percaya jika lurus pembawaan sektor awam maka luruslah jalan untuk mencapai hala tuju negara, sebaliknya jika bengkok pembawakan­nya maka berliku-likulah jalan tersebut,” katanya.

Oleh itu tambahnya, adalah penting bagi penjawat awam negeri ini untuk memiliki semangat penghayata­n dan amalan nilai integriti yang tinggi bagi mencapai matlamat pembanguna­n negara dengan cekap dan berkesan.

Dalam pada itu, Abdul Karim yang juga Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan berkata, KBS akan mengadakan bengkel OACP di Hotel Waterfront di sini, mulai 23 hingga 25 September sebagai usaha memberi pendedahan kepada kakitangan tentang pelan tersebut bagi tempoh 2021-2025 yang harus dibudayaka­n secara menyeluruh dan konsisten.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Pemangku Setiausaha Tetap KBS Sarawak Nancy Jolhi dan tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? RASMI: Abdul Karim melakukan simbolik perasmian Hari Integriti dan Pelancaran Bengkel Pelan Anti-Rasuah Organisasi KBS Tahun 2020 di Kuching semalam.
RASMI: Abdul Karim melakukan simbolik perasmian Hari Integriti dan Pelancaran Bengkel Pelan Anti-Rasuah Organisasi KBS Tahun 2020 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia