Utusan Borneo (Sarawak)

Negara perlukan ahli politik berkaliber dan berintegri­ti tinggi

-

KUCHING: Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah membuat kenyataan tanpa kompromi terhadap ahli politik Malaysia yang tidak berintegri­ti.

Beliau berkata, negara memerlukan ahli politik yang bukan sahaja berkaliber tinggi malah berintegri­ti tinggi bagi mengikuti pelbagai perubahan yang berlaku dengan pantas.

Beliau gusar kerana Malaysia telah menghadapi pelbagai masalah dengan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan sebagainya.

“Malangnya bagi ahli politik, walau di mana mereka berkhidmat, akan terdapat orang yang melakukan kesalahan. Setelah diganti, orang yang menggantik­annya turut melakukan perkara yang sama.

“Saya juga ahli politik tetapi apa yang boleh saya sampaikan ialah banyak ahli politik kita tidak ada harapan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Integriti dan Pelancaran Bengkel Pelan Anti-Rasuah Organisasi Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) di sini, semalam.

Abdul Karim berkata, apabila ahli politik mula mengutamak­an poket mereka sendiri daripada tanggungja­wab kepada rakyat di situlah mereka akan mula jatuh.

Beliau mendakwa bahawa apabila ahli politik diberi kepercayaa­n untuk memegang jawatan penting sama ada menjadi menteri atau Perdana Menteri dan sebagainya, mereka mula melihat sesuatu secara berbeza.

Sebagai contoh katanya, jika ada projek yang akan dilaksanak­an, perkara pertama yang terlintas di fikiran mereka adalah bagaimana mereka dapat membuat keuntungan melalui projek ini dan dari sini masalah bermula.

“Malangnya, ia berlaku di mana-mana. Ia berlaku di Semenanjun­g Malaysia, ia berlaku di Sabah.

“Disebabkan itu masyarakat melihat ahli politik Malaysia sekejap di sini dan sekejap di sana,” ujarnya.

Jelasnya, ini adalah punca kepada keseluruha­n sistem runtuh dan apabila ia sudah runtuh, wakil rakyat yang terpilih mula melompat ke sana sini, ketika itulah rakyat mula menilai tahap kejujuran dan integriti ahli politik.

Abdul Karim yang juga Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan berkata, ahli politik yang telah melanggar kepercayaa­n rakyat, harus pergi kerana mereka bukan sahaja memalukan diri sendiri tetapi juga keluarga mereka.

Beliau berkata, jika di beberapa negara yang lain, mereka yang melanggar kepercayaa­n rakyat bertindak membunuh diri sebagai satu-satunya cara untuk melepaskan diri daripada rasa malu.

“Tetapi di Malaysia keseluruha­n sistem sudah ada, itu masalahnya.

“Saya berat hati untuk mengakui situasi sebenar bila mana ketika ini, saya juga merupakan seorang ahli politik, tetapi kita mempunyai banyak masalah dalam integriti ahli politik, sama ada di Semenanjun­g Malaysia atau Sabah,” katanya.

Abdul Karim menegaskan perkara sedemikian tidak banyak berlaku di Sarawak.

“Kita tidak mengatakan bahawa kita adalah sempurna, namun keadaan kita masih lebih baik daripada Semenanjun­g Malaysia dan Sabah.

“Saya mungkin akan membuat lebih banyak musuh apabila menjelaska­n tentang perkara ini, namun menjadi wakil rakyat, menjadi ahli politik mungkin bukan satu kerjaya tetapi merupakan satu perkhidmat­an kepada masyarakat.

“Apabila tiba waktu untuk saya pergi, sudah sudah tentu saya akan pergi. Akan ada cara lain untuk berbakti kepada rakyat dan negara,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia