Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada diskaun dalam bayaran SST Petronas: Hasidah

-

KUCHING:KerajaanSa­rawak tidakmenaw­arkandiska­unatau penguranga­n harga bagi Cukai Jualan Negeri (SST) produk petroleum yang dibayar oleh Petronas dan anak-anak syarikatny­a kepada Negeri ini baru-baru ini yang berjumlah RM2,956,671,407.36

Menteri Muda UndangUnda­ng, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, jumlah bayaran itu selari dengan taksiran yang dibuat Komptroler SST di bawah Ordinan SST 1998.

“Jumlah bayaran tersebut bukanlah terhasil daripada rundingan untuk penyelesai­an komersial atau mengabaika­n hak minyak dan gas yang dijumpai serta dihasilkan di Sarawak.

“Tiada potongan atau penguranga­n harga diberikan langsung kepada Petronas atau anak syarikatny­a,” tegas beliau menerusi satu kenyataan media di sini, semalam.

Hasidah juga memaklumka­n bahawa jumlah yang dibayar oleh syarikat minyak tersebut adalah melebihi jumlah sebenar SST yang dianggarka­n untuk tahun 2019.

“Apabila Belanjawan 2019 dibentangk­an pada November 2018, gas asli merupakan satu daripada produk petroleum yang tersenarai serta dikenakan SST sebanyak lima peratus dan dianggarka­n berjumlah RM3.897 bilion.

“Namun pada 13 Disember 2018, Kabinet Negeri membuat keputusan untuk mengeluark­an gas asli dari senarai barang dikenakan cukai untuk mengelakka­n gas asli cecair (LNG) dikenakan cukai berganda.

“Penyingkir­an gas asli daripada senarai barang dikenakan cukai mengakibat­kan anggaran SST produk petroleum berkurang sehingga menjadi kira-kira RM1 bilion,” jelas beliau.

Cukaiberga­ndakeatasL­NG yang dihasilkan di Bintulu katanya, akan menjadikan harga penjualan produk tersebut menjadi tidak kompetitif di pasaran global.

Justeru, menurut Hasidah, untuk Belanjawan Negeri 2020 yang dibentangk­an pada November 2019, anggaran jumlah pendapatan daripada SST yang dikenakan ke atas produk petroleum adalah RM2.8 bilion.

Tambahnya juga, cukai SST tersebut adalah berdasarka­n jumlah sebenar produk petroleum yang telah dijual dan dinilai mengikut pulangan penjualan produk petroleum yang diserahkan kepada Komptroler SST dan turut disahkan oleh penyata kewangan syarikat yang diaudit dalam Petronas.

 ??  ?? HASIDAH
HASIDAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia