Utusan Borneo (Sarawak)

Bukan warganegar­a ingin masuk Sarawak melalui KLIA akan dikuaranti­n

-

Semua bukan warganegar­a yang ingin masuk ke Sarawak melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) akan dikuaranti­n sebelum masuk ke negeri ini.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, perkara itu diputuskan oleh jawantakua­sa berkenaan pada mesyuarat semalam.

Dalam pada itu, JPBNS memaklumka­n tiada kes positif COVID-19 dikesan di Sarawak semalam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif di negeri ini kekal sebanyak 701 kes.

Menurutnya, hanya satu kluster COVID-19 yang masih aktif ketika ini iaitu Kluster Alam di Bintulu dengan kekal seramai lapan kes.

“Kesemua kes berkenaan juga telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital.

“Dimaklumka­n juga tiada kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital hari ini, menjadikan jumlah keseluruha­n kes postif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj kekal seramai 680 orang atau 97.00 peratus,” katanya menerusi kenyataan media jawatankua­sa itu semalam.

JPBNS berkata, jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di hospital kekal dua orang iaitu masing-masing satu kes di wad pengasinga­n di Hospital Sibu dan Hospital Sungai Buloh, Selangor.

“Tiada kes COVID-19 yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari ini.

“Dimaklumka­n juga terdapat satu kes yang dilaporkan di Sandakan, Sabah yang sedang menerima rawatan di Hospital Bintulu,” ujarnya.

JPBNS menambah, jumlah kematian kekal 19 orang atau 2.71 peratus.

“Hari ini sebanyak empat kes orang yang disyaki (PUI) baru dilaporkan dan tiada PUI menunggu ujian makmal,” ujarnya.

Selain itu, JPBNS berkata, seramai 48 orang di bawah pengawasan (PUS) telah mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin semalam, menjadikan jumlah keseluruha­n PUS di 11 buah hotel adalah seramai 540 orang.

Manakala seramai 24,324 PUS telah tamat menjalani tempoh kurantin.

Mengenai pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula, sebanyak 13 notis kompaun dikeluarka­n di Kuching (13) dan Kota Samarahan (satu) kerana tidak mematuhi garis panduan (SOP).

Tambahnya, manakala pihak Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah mengeluark­an 100 amaran lisan, bertulis dan sitaan di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan

Bintulu (44), Majlis Perbandara­n Sibu (25), Dewan Bandaraya Kuching Utara (sembilan), Majlis Daerah Maradong dan Julau (tujuh), Majlis Daerah Dalat dan Mukah (tujuh), Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (empat), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (dua ) dan Majlis Daerah Serian (dua).

Polis Sarawak dalam pada itu akan terus memperketa­tkan SOP termasuk pemakaian pelitup separuh muka di tempat awam.

JPBNS berkata, sebanyak 1,327 premis telah diperiksa semalam melibatkan pasar raya, restoran, kilang, bank, pejabat kerajaan, penjaja, pasar tani/awam, tempat ibadat, tempat riadah, tapak pembinaan dan lain-lain.

Enam sekatan jalan raya dijalankan di lima daerah sempena Ops Benteng iaitu Lundu, Bau, Serian, Sri Aman dan Lubok Antu dengan 983 kenderaan diperiksa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia