Utusan Borneo (Sarawak)

PSB boleh jadi ‘kingmaker’ dalam politik Sarawak PSB berperanan sedemikian jika menang banyak kerusi pada PRN12 tidak lama lagi

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang baharu ditubuhkan mampu menjadi ‘kingmaker’ dalam lakaran politik Sarawak sekiranya memenangi banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) diadakan tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan Baru Bian berkata hasrat itu akan tercapai sekiranya PSB menang pada PRN12 di Sarawak dan Parti Warisan

PSB boleh jadi ‘kingmaker’ kalau kita menang pada PRN12 di Sarawak dan Warisan Plus memenangi PRN di Sabah, memberi kita banyak kerusi

” di Parlimen.

Baru Bian

ADUN Ba’Kelalan

memenangi PRN Sabah.

“PSBbolehja­di‘kingmaker’ kalau kita menang pada PRN12 di Sarawak dan Warisan Plus memenangi PRN di Sabah, memberi kita banyak kerusi di Parlimen,” katanya pada pelancaran PSB

Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota di sini semalam.

Turut sama calon PSB DUN Lingga Datuk Wan Abdillah Edruce, calon PSB bagi DUN Bukit Kota Rosli Amat dan calon PSB Batu Danau Ali Adap.

Ahli Parlimen Selangau itu berkata, amat penting bagi ahli-ahli PSB bagi DUN Bukit Kota dan Batu Danau bekerja keras agar rancangan dan misi ke arah Sarawak Baharu dapat direalisas­ikan.

“Apa yang kita perlu lakukan adalah untuk merekrut seramai ahli baharu mendaftar dengan PSB sekali gus memenangi kerusi DUN Bukit Kota dan Batu Danau,” jelasnya.

Naib Presiden PSB Sarawak itu berkata, banyak isu akan diketengah­kan dan diperjuang­kan apabila PSB menang pada kedua-dua kerusi itu pada PRN12 nanti.

Mengulas lanjut, Baru berkata penduduk di Limbang dan Lawas juga amat memerlukan jalan penghubung terus ke Miri dan ke Sabah tanpa melalui Brunei.

Menurutnya, penduduk di sini berdepan masalah rentas sempadan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an dan caj sebanyak BND3 seorang bagi setiap satu hala perjalanan oleh negara jiran bermula Oktober ini.

Beliau menjelaska­n pengumuman kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menyambung Projek Jajaran Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) mampu menghubung­kan Sarawak dan Sabah tanpa melalui negara Brunei.

Turut ditekankan beliau adalah projek mega dilaksanak­an di Limbang seperti Tebingan Limbang kurang membantu meningkatk­an ekonomi penduduk khususnya golongan petani dan peniaga selain masalah kekurangan parkir di bandar Limbang.

Sekitar lebih 200 ahli PSB bagi DUN Bukit Kota hadir pada program itu.

 ??  ?? BERI SAINGAN: Baru (depan, sembilan kiri), Rosli (tujuh kiri), Ali (empat kanan) dan Wan Abdillah (tiga kanan) bersama ahli-ahli PSB Bukit Kota.
BERI SAINGAN: Baru (depan, sembilan kiri), Rosli (tujuh kiri), Ali (empat kanan) dan Wan Abdillah (tiga kanan) bersama ahli-ahli PSB Bukit Kota.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia