Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan Bumiputera berkelayak­an, berpotensi maju diberikan bantuan

-

PAKAN: Kerajaan Sarawak sentiasa mengalu-alukan maklum balas, pandangan dan cadangan daripada usahawan bagi memperting­katkan penyampaia­n seterusnya menggalakk­an persekitar­an kondusif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom berkata usahawan mempunyai sebarang masalah harus menyalurka­n terus masalah dihadapi kepada agensi-agensi berkaitan.

“Kita memohon kerjasama semua pihak agar menggunaka­n saluran media komunikasi disediakan kerajaan dengan sebaikbaik­nya. “Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan bersama agensinya berusaha membantu usahawan Bumiputera berkelayak­an dan berpotensi maju dengan inisiatif dan program pembanguna­n usahawan.

“Kursus dilaksanak­an ini dipercayai dapat membantu usahawan Bumiputera meningkatk­an kemahiran dan prestasi masing-masing lebih berdaya saing,” katanya pada perasmian kursus keusahawan­an di sini kelmarin.

Program itu dihadiri sekitar 150 peserta terdiri daripada komuniti setempat, golongan baharu menceburi bidang keusahawan­an.

Menurutnya, dengan peningkata­n kemahiran dan kompetensi usahawan dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan kerajaan lebih ramai usahawan pada masa akan datang.

“Tanggungja­wab keupayaan kementeria­n terbabit menyalurka­n peruntukan­membiayaik­ursus kepada pelbagai agensi juga menyedia latihan berterusan membangun usahawan,” katanya.

Mawan berkata, pendekatan holistik beberapa inisiatif seperti SPIKS (Skim Pinjaman Industri Kecil & Sederhana), SKMS (Skim Kredit Mikro Sarawak), USTEV (Usahawan Teknikal Vokasional), GERAK (Graduan Ke Arah Usahawan) memberi pinjaman bantuan kewangan kepada usahawan bersaing di arena keusahawan­an.

Pada program itu, peserta didedahkan dengan enam sesi ceramah daripada agensi-agensi terlibat dalam pembanguna­n usahawan.

 ??  ?? TERTARIK: Mawan meluangkan masa melihat peserta membuat roti pau pada kursus tersebut.
TERTARIK: Mawan meluangkan masa melihat peserta membuat roti pau pada kursus tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia