Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan Ikhlas sumbang PPE kepada JPBNS

-

KUCHING: Yayasan Ikhlas semalam menyerahka­n sejumlah 12,500 set peralatan perlindung­an diri (PPE) kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) untuk menangani wabak COVID19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian yang mewakili JPBNS menerima PPE tersebut dalam majlis yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di sini, semalam.

“Dalam membantu kerajaan menghadapi pandemik COVID-19, Bank Pembanguna­n Malaysia Berhad (BPMB) telah menaja keseluruha­n kos menghasilk­an 17,500 sut PPE.

“Ia merupakan hasil cetusan idea oleh pihak Yayasan Ikhlas,” jelas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menerusi satu kenyataan di sini, semalam.

Turut Hadir, Penolong Pengarah Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Negeri Sarawak Daud Jailani,

Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Ikhlas Datuk Mohd Rosli Ramli, Pengurus Besar Yayasan Ikhlas Kamaruddin Kassim serta penaja dan Ketua Kumpulan Pengurusan Syariah BPMB Mohamad Salihin Deris.

Tambah kenyataan itu juga, sebanyak 5,000 set telah diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Dalam perkembang­an sama, Yayasan Ikhlas turut menyalurka­n sumbangan berbentuk makanan dan keperluan asas kepada 5,000 keluarga asnaf yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Jun lalu di seluruh Malaysia.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Ikhlas Datuk Mohd Rosli Ramli berkata, jumlah keseluruha­n kutipan yang disalurkan kepada mereka yang memerlukan sepanjang COVID-19 ini adalah sebanyak RM1.74 juta.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Dr Sim (dua kiri) menerima cenderamat­a daripada Rosli pada majlis itu sambil disaksikan Daud (kiri), Kamaruddin (dua kanan) dan Salihin (kanan).
PENGHARGAA­N: Dr Sim (dua kiri) menerima cenderamat­a daripada Rosli pada majlis itu sambil disaksikan Daud (kiri), Kamaruddin (dua kanan) dan Salihin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia