Utusan Borneo (Sarawak)

Pertahanka­n sukan rakyat demi generasi akan datang: Rosey

-

MIRI: Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) digesa supaya terus memainkan peranan proaktif dengan mengadakan lebih banyak sukan rakyat di peringkat kampung.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata, usaha menghidupk­an semula sukan rakyat seperti itu harus dilakukan di peringkat kampung.

“Sukan rakyat adalah sebahagian daripada budaya kita, oleh sebab itu adalah menjadi keperluan bagi kita untuk terus mempromosi­kan permainan tradisiona­l seperti ini.

“Jika tidak, sukan tradisiona­l yang pernah dimainkan dari satu generasi ke generasi lain dahulu, secara perlahan-lahan akan dilupakan generasi muda dan hilang begitu sahaja,” katanya.

Beliau mengingatk­an perkara itu semasa berucap merasmikan Festival Sukan Rakyat 2020 di Kampung Kepayang Tiris di Sibuti, kelmarin.

Rosey yang juga ADUN Bekenu memberitah­u, perlu ada usaha untuk mendokumen­tasikan sukan rakyat yang dimainkan penduduk tempatan di Sarawak.

Beliau berkata, permainan rakyat ini jika dibangunka­n dengan baik, boleh menjadi produk pelanconga­n yang menarik untuk negeri ini.

Sehubungan itu beliau berkata, sokongan JKKK dan penduduk kampung sangat diperlukan dalam penganjura­n acara tersebut.

Mengulas mengenai festival yang dianjurkan, beliau melahirkan rasa gembira dengan usaha tersebut kerana acara berkenaan telah dianjurkan melalui kerjasama enam JKKK di bawah kawasan Tiris.

Sukan rakyat ini yang menjadi acara tahunan bagi kawasan Tiris, pada tahun ini dihoskan Kampung Kepayang.

“Ini dianjurkan secara bergilir dan ia adalah salah satu cara untuk memastikan setiap JKKK di daerah Tiris dapat memiliki kesempatan untuk menjadi tuan rumah festival ini.

“Melalui festival ini, kita juga dapat mempromosi­kan sukan tradisiona­l seperti putaran (gasing), sepak takraw, tenun dan banyak lagi,” ujar Rosey.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni, Pemanca Ali Mudin dan pengerusi penganjur Penghulu Zalil Karim.

 ??  ?? BERMULA: Rosey (tiga kanan) bersama Pemanca Ali (dua kanan) dan Lukanisman bersama-sama melakukan simbolik perasmian Festival Sukan Rakyat 2020 di Kampung Kepayang Tiris di Sibuti, kelmarin.
BERMULA: Rosey (tiga kanan) bersama Pemanca Ali (dua kanan) dan Lukanisman bersama-sama melakukan simbolik perasmian Festival Sukan Rakyat 2020 di Kampung Kepayang Tiris di Sibuti, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia