Utusan Borneo (Sarawak)

JKKK perlu pastikan kawasan tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk

-

SRI AMAN: Kebersihan taman perumahan, rumah panjang dan kampung perlu dipelihara agar bebas daripada tempat pembiakan nyamuk, khususnya nyamuk aedes yang membawa penyakit denggi.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Sarawak Datuk Francis Harden Hollis berkata, adalah menjadi tanggungja­wab Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) setiap taman perumahan, rumah panjang dan kampung untuk memastikan kawasan kediaman mereka sentiasa selesa dan terhindar daripada segala bentuk penyakit.

“Jika kawasan anda kotor, ini pasti akan mengundang pelbagai penyakit seperti denggi, taun, demam kepialu dan sebagainya sekali gus membahayak­an para penghuniny­a.

“Sebelum penyakit memporakpo­randakan kehidupan kita, saya menyeru ahli JKKK di setiap kawasan di daerah ini agar mengadakan program gotong-royong yang sekurang-kurangnya sekali sebulan,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Gotong-Royong dan Kempen Kebersihan anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Cina dengan kerjasama Majlis Daerah Sri Aman (MDSA),

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Simanggang dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, gotongroyo­ng perlu melibatkan kerja-kerja membersihk­an persekitar­an seperti menebas rumput, memastikan pengairan air tidak terhalang oleh longkang tersumbat, mengumpul sampah dan sebagainya.

“Kawasan yang tidak dibersihka­n dengan sempurna berpotensi menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes,” ujarnya sambil menambah bahawa JKKK harus mengambil inisiatif sendiri tanpa mengharapk­an kehadiran pihak MDSA dalam penganjura­n gotong-royong.

Selain itu, Harden menegaskan bahawa aktiviti gotong-royong tidak harus dianggap bermusim sebaliknya perlu dilakukan dari semasa ke semasa, bukan menjelang perayaan sematamata.

“Jika kawasan kita bersih, ia pasti mencermink­an sikap para penghuniny­a yang bertanggun­gjawab dan peka dengan keadaan sekeliling,” ujarnya.

Katanya lagi, beliau percaya ramai kini telah sedar tentang penyakit berbahaya seperti demam denggi menerusi kempen kebersihan yang dianjurkan oleh pihak majlis, pejabat kesihatan dan agensi kerajaan dan swasta.

“Berita tentang kempen kebersihan menerusi media massa juga secara tidak langsung memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentinga­n menjaga kebersihan di tempat kediaman,” tegasnya.

Turut serta dalam program berkenaan ahli Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) serta ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Simangang.

 ??  ?? TURUN PADANG: Harden (tengah) bersama ahli JKKK Kampung Cina, Sri Aman bergambar tamat program berkenaan kelmarin.
TURUN PADANG: Harden (tengah) bersama ahli JKKK Kampung Cina, Sri Aman bergambar tamat program berkenaan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia