Utusan Borneo (Sarawak)

Ling berniat bertanding semula di DUN Piasau

-

MIRI: Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Senator Alan Ling meluahkan niat bertanding semula di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) akan datang.

Bercakap kepada Utusan Borneo di sini baru-baru ini, Ling yakin DAP dapat merampas semula kerusi itu setelah sekian lama menjadi kubu kuat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

“Saya berniat bertanding semula di DUN pernah saya pegang dari 2011 hingga 2016 sebab bagi diri saya kerusi itu memang bermakna bukan untuk diri saya sendiri tetapi buat DAP kerana walaupun dahulu kita tidak pernah, inilah kemenangan yang bersejarah,” katanya.

Ling menjadi wakil rakyat Piasau setelah memenangi kerusi tersebut pada PRN10 pada 2011 mengalahka­n bekas Presiden SUPP merangkap Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan, ADUN Piasau selama enam penggal sejak 1983.

Ling yang juga peguam merupakan calon muda DAP dan ketika itu berusia 28 tahun. Ling menang dengan majoriti 1,590 undi.

Bagaimanap­un, PRN11 pada 2016, Ling tewas kepada Datuk Sebastian Ting daripada SUPP dengan majoriti 2,112 undi.

Ting sekarang adalah Pengerusi SUPP Piasau dan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak.

Ling memberitah­u, tidak mustahil untuk DAP mengecapi semula kejayaan cemerlang di kerusi itu pada PRN12 dengan kempen lebih kuat dan meluas khasnya di peringkat akar umbi.

Keputusan mencalonka­n beliau di kerusi Piasau bergantung kepada jawatankua­sa pemilihan DAP Sarawak menentukan calon dan kerusi dipertandi­ngkan.

“Dalam tempoh perkhidmat­an, saya melakukan yang terbaik. Walaupun ada tentangan sebagai ADUN pembangkan­g, saya lakukan yang terbaik. Saya tumpukan perhatian, 100 peratus komited semasa menjadi ADUN meskipun tidak berjaya mempertaha­nkan kerusi itu. Itu memang saya kesali,” jelasnya.

Ling mendakwa, ketika menjadi wakil rakyat terdapat pelbagai tohmahan dan tuduhan untuk menjejaska­n imej beliau yang disifatkan sebagai ‘character assassinat­ion’ daripada parti lawan.

Beliau yakin kali ini rakyat khasnya pengundi di Piasau dan Sarawak akan membuat keputusan berlainan pada PRN12 akan datang.

Sebagai ADUN mereka harus membela nasib rakyat bukan mendapat simpati daripada rakyat untuk kepentinga­n undi.

“Saya rasa rakyat sudah tahu, sedar bahawa kehidupan mereka semakin susah walaupun kita semakin menuju ke depan, terutama terjejas akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Ling berkata, kerjasama Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memberi kesan terhadap sokongan rakyat kepada kerajaan negeri.

“Sekarang ini kerjasama GPS, UMNO dan PAS telah ternyata mereka hilang moral dan tidak boleh diterima pengundi,” katanya.

 ??  ?? LING
LING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia