Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat digesa sama-sama menjaga harta benda awam

-

LIMBANG: Perbuatan tidak bertanggun­gjawab membakar dan merosakkan kemudahan tong sampah yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah Majlis Daerah Limbang (MDL) bukan sahaja berlaku di kawasan bandar, malah turut dihadapi di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata, perbuatan merosakkan kemudahan itu dikesan ketika melakukan lawatan ke hulu Limbang.

“Apabila melalui jalan ke hulu Limbang saya selalu melihat kemudahan tong sampah milik MDL dipecah dan dibakar.

“Peranan kita adalah untuk menjaga harta benda kerana kemudahan yang disediakan pihak MDL merupakan harta milik kita dan bersama-samalah kita menjaga prasarana yang disediakan,” katanya pada Sesi Randau Ahli Majlis MDL Bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kampung (KMKK) Daerah

Limbang di Dewan Suarah Limbang, semalam.

Turut sama ialah Wali Kota MDL Kaunselor Sufian Mohat dan wakil Setiausaha Mohammad Syamil Jumain.

Paulus berkata lagi, tindakan merosakkan harta awam itu hanya akan merugikan pihak MDL kerana terpaksa berbelanja besar untuk menggantik­annya dengan tong sampah baharu.

Dalam pada itu katanya, KMKK perlu bekerjasam­a bersama ahli majlis sekali gus memahami tugas dan peranan masing-masing khusus dalam memberi kesedaran terhadap isu-isu semasa.

Tambahnya, sesi randau amat penting dalam memberi peluang kepada pihak MDL menyalurka­n maklumat berhubung COVID-19, rabies, kutipan sampah, cukai dan perkhidmat­an yang disediakan pihak majlis.

Beliau turut menasihati masyarakat di sini agar tidak menular termasuk memuat naik sebarang masalah yang berlaku di kawasan mereka sebaliknya mengutarak­an masalah itu mengikut saluran yang betul.

“Jangan simpan masalah dalam laman sosial seperti Facebook.

“Jika mempunyai masalah di kawasan masing-masing wajarlah menyalurka­n masalah itu dengan baik termasuk berjumpa pihak yang berkaitan,” katanya.

Sementara itu katanya, GPS merupakan parti terbaik yang mentadbir negeri ini sekali gus membawa lebih banyak pembanguna­n di bawah legasi Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem (Tok Nan) dan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Pembanguna­n semakin rancak disebabkan kepimpinan terbaik yang dimulakan semasa Tok Nan dan Abang Johari,”ujarnya.

Beliau berkata lagi, kawasan Batu Danau juga tidak ketinggala­n menerima tempias pembanguna­n dan pelaksanaa­n kemudahan asas membabitka­n bekalan elektrik, bekalan air bersih dan kemudahan lain secara berterusan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia