Utusan Borneo (Sarawak)

Gangguan bekalan air di Sarikei, Pakan, Bintangor

Alami gangguan lapan jam berikutan kerja penyambung­an oleh kontraktor Pan Borneo dijadual esok

- Oleh Borhaniza Ali Basah

Kita telah menjalanka­n kajian di kawasan tersebut di mana sebanyak 53 rumah panjang akan terjejas mengikut tiga kategori iaitu impak tinggi, impak

” sederhana dan impak rendah.

SIBU: Penduduk yang tinggal berdekatan dengan projek Lebuh Raya Pan Borneo akan mengalami gangguan bekalan air selama lapan jam berikutan kerja-kerja penyambung­an oleh pihak kontraktor Pan Borneo yang dijadual esok.

Menurut Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Chang Kuet Shian, kawasan yang terjejas merangkumi beberapa kawasan di KJD (Batu 4 hingga Batu 16), Pakan (kecuali kawasan pasar), Lemayong, pekan Bintangor, Sungai Sian, Sungai Selidap, Bukit Papit dan kawasan Lebaan dalam bahagian Sarikei.

Jelasnya, ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyambung­an saluran paip baharu jenis 500mm HDPE Peringkat Kedua dan 500mm DICL Peringkat Ketiga bermula dari Jalan Bulat sehingga ke Simpang KJD.

“Kita telah menjalanka­n kajian di kawasan tersebut di mana sebanyak 53 rumah panjang akan terjejas mengikut tiga kategori iaitu

Chang Kuet Shian

impaktingg­i,impakseder­hana dan impak rendah.

“Justeru, pihak JBALB Bahagian Sarikei dan pihak kontraktor Pan Borneo mengambil langkah proaktif dengan menyediaka­n sembilan lori tangki untuk penghantar­an berjadual bekalan air ke kawasankaw­asan yang terjejas akibat kerja-kerja tersebut,” katanya semasa bercakap pada sidang media di Pejabat Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) semalam.

Hadir sama Jurutera Bahagian Sarikei Chieng Ghin Wei, Pengerusi MDLBS Sempurai Petrus Ngelai dan Timbalanny­a Wong Ching Yong.

Beliau berkata, proses ini akan mengambil masa selama lapan jam bermula jam 5 petang esok dan dijangka selesai jam 1 pagi Khamis.

Bagaimanap­un katanya, akibat saluran paip yang masih kosong, ini akan mengambil masa untuk meningkatk­an tekanan (air), sekali gus menyebabka­n

Pengarah JBALB

tempoh gangguan air yang lebih panjang.

“Pihak kami menjangkak­an gangguan bekalan air bakal berlaku melebihi lapan jam di kawasan-kawasan yang lebih jauh.

“Oleh itu, kita menjangkak­an kawasan yang menerima impak lebih tinggi akan mengalami tekanan air rendah sehingga sembilan hari manakala lima hari untuk kawasan yang menerima impak sederhana.

“Tetapi kita akan cuba sedaya upaya untuk mengurangk­an kesan kepada penduduk dengan menghantar lori tangki air secara berjadual ke kawasan yang terjejas,” jelasnya.

Namun demikian, beliau menambah, kerja-kerja tersebut akan ditunda ke hari berikut sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinka­n.

“Kerja-kerja ini tidak dapat dielakkan untuk kelancaran pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dan penaiktara­fan sistem bekalan air yang lebih baik.

“Kami berasa kesal atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kesabaran yang tinggi daripada pengguna yang terjejas sepanjang tempoh gangguan bekalan air ini,” ujarnya.

Sementara itu Sempurai berkata, pihaknya akan memantau perkara ini bagi memastikan kerja-kerja tersebut berjalan lancar dan semua rumah panjang yang terjejas akan dibekalkan dengan air tangki berjadual.

 ??  ?? PENJELASAN: Chang (duduk, tiga kiri), Sempurai (duduk, tengah), Wong (duduk, kanan) bersama tuai-tuai rumah panjang pada sidang media di Sibu, semalam.
PENJELASAN: Chang (duduk, tiga kiri), Sempurai (duduk, tengah), Wong (duduk, kanan) bersama tuai-tuai rumah panjang pada sidang media di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia