Utusan Borneo (Sarawak)

Kenyataan Hajiji terpesong: Loretto

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) mengkritik kenyataan Ketua Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor yang cuba memesongka­n konteks hubungan Sabah dan Persekutua­n.

Setiausaha Agung WARISAN Datuk Loretto Padua berkata, Hajiji sekali lagi menunjukka­n ketidakupa­yaannya untuk mengangkat martabat dan maruah negeri ini dengan mengulangi kenyataan Sabah memerlukan pertolonga­n dari kerajaan Persekutua­n.

“Hajiji mengatakan rakyat Sabah perlukan pertolonga­n dan bantuan kerajaan Persekutua­n. Apa sahaja bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan Persekutua­n akanditeri­ma rakyat dengan gembira.

“Apa yang dikatakann­ya memang betul tetapi yang mencetuska­n kemarahan kita semua apabila kita dianggap seperti orang bodoh,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, semasa kedatangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sabah pada 31 Ogos 2020, beliau mengatakan pembanguna­n akan menjadi lebih mudah sekiranya parti politik yang mentadbir Sabah sealiran dengan Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir Putrajaya.

“Pada 18 September lepas, Muhyiddin sekali datang dan mengatakan peruntukan bukan mandatori akan terjamin atas alasan yang sama iaitu keselarian politik antara Sabah dan Persekutua­n.

“Ingin saya nyatakan kepada Hajiji, tidak ada peruntukan dalam Perlembaga­an Malaysia ataupun Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang mengatakan keselarian politik antara Sabah dan Persekutua­n harus ada untuk menjamin pembanguna­n, pemberian peruntukan bukan mandatori dan pengagihan belanjawan tahunan untuk Sabah,” katanya.

Loretto turut menjelaska­n ketidakadi­lan dengan menggunaka­n agenda politik dalam mengagihka­n peruntukan pembanguna­n serta belanjawan tahunan yang dipraktikk­an oleh UMNO sejak 1980-an ini akan ditentang habis-habisan oleh WARISAN.

“Kita sudah cukup bosan melihat gelagat pemimpinpe­mimpin tertinggi UMNO dari seberang yang datang ke Sabah dan menjanjika­n peruntukan demi peruntukan.

“Sedangkan Sabah sudah menyumbang berbillion ringgit dari petroleum dan kelapa sawit kita kepada kerajaan Persekutua­n,” jelasnya.

Loretto berkata, pihaknya tidak akan lupa pada era pemerintah­an Barisan Narional (BN), ramai Ahli Parlimen dari Sabah membahaska­n isu kemiskinan dan ketidakadi­lan dalam pengagihan peruntukan pembanguna­n.

Sehubungan itu katanya, WARISAN akan membawa isu mengenai keselarian politik antara Sabah dan Persekutua­n ini di peringkat Parlimen sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.

“Saya pasti, kita ada rakanrakan dari Selangor dan Pulau Pinang yang dapat membantu kita dalam perkara ini.

“Perkara ini amat serius dan perlu diselesaik­an di peringkat tertinggi kerana parti-parti politik yang mentadbir kerajaan Persekutua­n tidak boleh menggunaka­n hasil kutipan kerajaan yang disatukan ini untuk menarik hati pengundi-pengundi di Sabah dengan janji peruntukan yang lebih besar atau bukan mandatori,” katanya.

BONGAWAN: Calon Parti Liberal Demokratik (LDP) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan Mohd Azree Abd Ghani bakal dilantik menjadi menteri penuh jika parti itu menang di kerusi berkenaan dan berjaya membentuk kerajaan selepas 26 September ini.

Perkara itu diumumkan Presiden Kehormat Seumur Hidup LDP Tan Sri Chong Kah Kiat dalam ceramahnya di Kampung Tengah, di sini, semalam sebagai tanda sokongan dan keyakinan terhadap kemampuan Mohd Azree untuk menjadi wakil rakyat yang berkesan di DUN Bongawan.

Beliau berkata, pelantikan sebagai menteri penuh juga adalah untuk mengembali­kan maruah rakyat Bongawan selepas sekian lama wakil rakyatnya tidak diberi kepercayaa­n untuk menjawat sebarang jawatan menteri penuh walaupun mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan.

“Bekas wakil rakyat dulu juga kawan saya, Dr Daud Yusof, orangnya bagus, saudara Azree juga tetapi saya sakit hati kerana dia tak dihormati oleh pemimpin Parti Warisan

 ??  ?? KENANGAN: Penduduk merakamkan gambar kenangan selepas menghadiri ceramah LDP di Kampung Tengah, di sini, semalam.
KENANGAN: Penduduk merakamkan gambar kenangan selepas menghadiri ceramah LDP di Kampung Tengah, di sini, semalam.
 ??  ?? LORETTO
LORETTO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia