Utusan Borneo (Sarawak)

Mohd Azree bakal jadi menteri penuh jika LDP menang

-

Sabah (WARISAN), langsung tidak dihormati oleh pemimpin WARISAN.

“Tiada sebab kenapa Dr Daud yang berpengala­man dalam bidang pertanian dan penternaka­n menjadi pembantu menteri saja kepada seorang budak yang langsung tiada pengalaman.

“WARISAN tak beri muka kepada Dr Daud tidak apa, tapi yang lebih menyakitka­n WARISAN langsung tidak beri muka kepada rakyat Bongawan, itu yang penting. Jadi penduduk Bongawan mesti ambil balik maruah kita,” katanya.

Sehubungan itu, bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, LDP memberi keyakinan penuh kepada Mohd Azree untuk menjadi menteri penuh bagi mengembali­kan maruah rakyat Bongawan jika LDP menang di kerusi itu dan membentuk kerajaan negeri.

Tegasnya, rakyat Bongawan perlu membantu merealisas­ikan perkara itu dengan memastikan undi diberikan kepada Mohd Azree walaupun disogok dengan wang oleh parti lain yang mahu membeli maruah mereka.

“Azree, selama saya kenal, dia adalah seorang anak muda baik hati, pandai tolong orang tanpa fikir pulangan, dia cuma fikir kebaikan rakyat. Azree calon kita, saya ada keyakinan penuh, dia layak.

“Saya tahu ini sebab selama empat tahun saya kerja bersama dia, tiap hari dia cerita pasal Bongawan, saya pun terharu kenapa pemimpin lain tak ada keprihatin­an, guna duit saja, itu saja mereka pandai, hanya jumpa apabila pilihan raya.

“Kali ini sama ada kamu mahu calon ikhlas atau tidak, terpulang kita semua tapi saya boleh cakap sebagai Presiden Kehormat LDP, mudah-mudahan pada 26 September ini kita menang dan LDP tubuh kerajaan mulai 27 September.

“Saya selaku Ketua Menteri sekali lagi, kita di Bongawan akan ada menteri penuh. Menteri penuh seorang muda yang layak kerana prihatin kepada penduduk Bongawan, itu kita mahu,” katanya.

Tegasnya, LDP tidak seperti parti lain yang menggunaka­n wang sebagai sogokan untuk membeli maruah rakyat supaya menyokong mereka pada pilihan raya kerana calon LDP mempunyai maruah.

“Kamu dulu terlampau baik, bila calon datang sama ada Parlimen atau DUN, dua hari sebelum undi beri duit ‘bom’, ambil, tapi kali ini undi kasi ‘bom’ mereka balik, itu strategi kamu.

“LDP tidak gunakan wang main ‘bom’, sebab calon LDP bermaruah, kita ada visi jauh bukan dua minggu punya cerita, saya mahu boleh berkhidmat selama lima tahun kerana yang penting ialah rakyat, bukan untuk poket YB,” katanya.

Tegasnya, rakyat Bongawan boleh membantu Mohd Azree untuk mencipta sejarah di kawasan ini dengan menjadi calon LDP pertama memenangi kerusi DUN Bongawan dan mengalahka­n pemimpin besar atau menjadi ‘giant killer’, selain wakil rakyat pertama dari Bongawan dilantik menteri penuh.

Mohd Azree berdepan persaingan empat penjuru menentang Dr Daud dari WARISAN, calon Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman dan calon Barisan Nasional (BN) Ag Syairin Ag Bakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia