Utusan Borneo (Sarawak)

LDP akan usahakan PPR diduduki dimiliki rakyat

- Oleh Hassim Haji Othman

KOTA KINABALU: Tidak berjanji, tapi LDP akan berusaha untuk merealisas­ikan keinginan penghuni kawasan perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk memiliki rumah sewa yang mereka duduki selama ini jadi hak milik mereka menerusi konsep Sewa Beli.

Calon LDP DUN N17 Darau Sumali@ Marino Ahmad berkata demikian ketika menjawab soalan salah seorang penduduk kawasan perumahan PPR Kg. Keramat, Likas sempena majlis Santai Bersama Calon LDP N19 Likas, di sini kelmarin.

Menurut penghuni berkenaan, bahawa sebelum ini kerajaan pernah akan melaksanak­an konsep sewa beli ke atas PPR di negeri ini.

“Bagaimanap­un sehingga ke hari ini konsep berkenaan belum dilasanaka­n. Penduduk berkenaan mengharapk­an agar kerajaan yang bakal mentadbir negeri pada selepas pilihan raya ini akan dapat memenuhi impian mereka di kawasan perumahan PPR Kg. Keramat ini,” katanya.

Dalam pada itu, Sumali mengharapk­an penduduk di kawasan berkenaan akan bersabar dan memberikan mandat besar kepada Sim Fui selaku calon LDP bagi DUN N19 Likas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 pada kali ini.

Menyentuh kempen pilihan rayanya di DUN Darau, Sumali berkata bahawa kempen-kempennya berjalan dengan lancar dan beliau akan bertembung dengan caloncalon yang kuat antaranya Jumat Idris (BN), Ansari Abdullah (PCS), dan Azhar

Matussin (WARISAN).

Katanya, antara isu-isu yang diperkatak­an di sini adalah mengenai masalah banjir yang kerap melanda di kawasan Rampayan dan kawasan sekitarnya.

“Dan saya fokuskan, sekiranya saya mendapat mandat daripada rakyat di DUN Darau, saya akan memperjuan­gkan permasalah­an banjir ini demi keselesaan dan keselamata­n penduduk di Darau keseluruha­nnya,” jelasnya.

 ??  ?? MESRA: Sumali (kiri) menyantuni seorang pengunjung sebuah restoran dan menyerahka­n risalah kempennya bersama jenteranya di Likas kelmarin.
MESRA: Sumali (kiri) menyantuni seorang pengunjung sebuah restoran dan menyerahka­n risalah kempennya bersama jenteranya di Likas kelmarin.
 ??  ?? LAKSANA KEMPEN: Sumali (kiri) ditemani oleh pengiringn­ya Samad Lawi semasa turun menyantuni pengundi-pengundi di Likas.
LAKSANA KEMPEN: Sumali (kiri) ditemani oleh pengiringn­ya Samad Lawi semasa turun menyantuni pengundi-pengundi di Likas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia