Utusan Borneo (Sarawak)

YPNM mohon Muhyiddin atasi ketirisan industri sawit negara

Hampir 700,000 pekebun kecil dan peneroka seluruh negara terjejas

-

PUTRAJAYA: Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) semalam menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon kerajaan mengambil tindakan berhubung ketirisan dalam industri sawit negara seperti yang didakwa mereka sebelum ini.

Presidenny­a Datuk Mohd Firdaus Abdullah berkata ketirisan itu menjejaska­n pendapatan hampir 700,000 pekebun kecil dan peneroka di seluruh negara termasuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutua­n (FELCRA).

Sehubungan itu, katanya YPNM mencadangk­an penubuhan satu jawatankua­sa khas yang dianggotai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi serta agensi penguatkua­saan bagi menyiasat kakitangan agensi berkaitan sawit negara.

Mohd Firdaus yang ditemui wakil media selepas menyerahka­n memorandum yang diterima Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Azril Mohd Amin di Perdana Putra di sini, berkata pekebun kecil menjadi mangsa kerana tidak mendapat harga sepatutnya susulan penjualan secara haram oleh lori penghantar­an minyak sawit dari kilang buah ke kilang penapisan.

Kita harap kegiatan haram ini dapat dibanteras supaya industri sawit negara akan lebih maju, kembalikan harga yang setimpal atas penjualan buah tandan basah pekebun kecil kelapa sawit di seluruh negara dan mencegah kerugian

” hasil cukai untuk kerajaan.

Datuk Mohd Firdaus Abdullah

Presiden YPNM

Menurutnya kaji selidik YPNM mendapati setiap penghantar­an lori minyak sawit dari kilang buah ke kilang penapisan, hampir 1,000 kilogram telah dijual kepada pembeli haram yang dijalankan “di tepi jalan”.

Beliau mendakwa sindiket membeli secara haram itu dilakukan secara terancang dan dilindungi agensi pembanguna­n minyak sawit hingga menyebabka­n industri sawit negara kerugian antara RM700 juta dan RM1 bilion setahun ekoran ketirisan tersebut.

“Kita harap kegiatan haram ini dapat dibanteras supaya industri sawit negara akan lebih maju, kembalikan harga yang setimpal atas penjualan buah tandan basah pekebun kecil kelapa sawit di seluruh negara dan mencegah kerugian hasil cukai untuk kerajaan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MEMORANDUM: Mohd Firdaus (tengah) ditemui pihak media selepas menyerahka­n memorandum kepada pegawai khas pejabat Perdana Menteri di Balai Pengawal Jabatan Perdana Menteri Putrajaya semalma.
— Gambar Bernama MEMORANDUM: Mohd Firdaus (tengah) ditemui pihak media selepas menyerahka­n memorandum kepada pegawai khas pejabat Perdana Menteri di Balai Pengawal Jabatan Perdana Menteri Putrajaya semalma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia