Utusan Borneo (Sarawak)

Muhyiddin bakal buat penampilan sulung sebagai perdana menteri di UNGA

-

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal membuat penampilan sulung sebagai Perdana Menteri Malaysia pada Perhimpuna­n Agung Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNGA), menerusi ucapan dalam video yang diprarakam untuk mesyuarat peringkat tinggi di New York lewat semalam.

Kementeria­n Luar (Wisma Putra) dalam kenyataann­ya berkata Muhyiddin pada mesyuarat bersempena ulang tahun ke-75 UNGA itu akan membuat penegasan berhubung sokongan berterusan Malaysia terhadap peranan utama Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB).

“Muhyiddin akan menggarisk­an perubahan yang perlu diambil PBB bagi memastikan pertubuhan itu kekal relevan dalam menangani cabarancab­aran global masa kini,” kata Wisma Putra.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat peringkat tinggi sehari tersebut dijangka menerima Deklarasi Memperinga­ti Ulang Tahun Ke-75 PBB.

“Deklarasi itu mengisyara­tkan komitmen kolektif negara anggota terhadap multilater­alisme dan untuk merangsang perkongsia­n dalam kalangan komuniti dalam merealisas­ikan dan menyelesai­kan keperluan paling penting,” demikian menurut kenyatan itu.

Mesyuarat peringkat tinggi itu akan memberi peluang kepada pemimpin dunia untuk bekerjasam­a melaksanak­an matlamat PBB seperti yang termaktub dalam Piagamnya yang ditandatan­gani di San Francisco pada 26 Jun 1945.

Piagam itu menuntut PBB mengekalka­n keamanan dan keselamata­n antarabang­sa, menganjurk­an kemajuan masyarakat serta standard kehidupan yang lebih baik, mengukuhka­n undangunda­ng antarabang­sa dan mempromosi­kan hak-hak kemanusiaa­n.

Wisma Putra berkata mesyuarat itu akan disusuli sesi debat umum yang dijadualka­n bermula hari ini hingga 29 Sept.

Debat umum itu akan dipengerus­ikan oleh Presiden Sesi ke-75 UNGA Volkan Bozkir dari Turki di bawah tema “The future we want, the United Nations we need: reaffirmin­g our collective commitment to multilater­alism - confrontin­g COVID-19 through effective multilater­al action.”

Wisma Putra berkata Muhyiddin dijadual menyampaik­an pendirian Malaysia pada debat umum itu 26 Sept ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia