Utusan Borneo (Sarawak)

KPPK bekerjasam­a dengan pihak berkepenti­ngan dalam pembanguna­n buluh secara komersial

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (KPPK) menerusi Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia (MTIB) akan terus bekerjasam­a dengan pihak berkepenti­ngan terutamany­a industri dalam pembanguna­n buluh secara komersial.

Menteri berkenaan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata konsep perkongsia­n bijak akan diberi perhatian, justeru, bersedia untuk memberi khidmat nasihat kepada pihak yang berminat dalam industri berkenaan.

Usaha ini selaras dengan pembanguna­n industri buluh sebagai program pencetus perubahan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) termasuk Pelan Tindakan Pembanguna­n Industri Buluh 2021-2025 yang sedang dibangunka­n dengan mengambil kira pandangan semua pihak.

“Pelbagai inisiatif akan dilaksanak­an bagi merancakka­n pembanguna­n industri ini di Malaysia termasuk menyenarai­kan spesies buluh di bawah Program Pembanguna­n Ladang Hutan dengan tawaran pinjaman mudah kepada pihak industri yang berminat serta membangunk­an piawaian antarabang­sa berkaitan buluh dan produk buluh,” katanya dalam kenyataan semalam.

Selain itu, katanya kementeria­n juga akan menjalanka­n kerjasama penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dengan institusi penyelidik­an serta beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam pembanguna­n produk berasaskan buluh seperti venir, papan laminasi dan arang.

Turut dilaksanak­an adalah promosi seperti penganjura­n Hari Buluh Sedunia, seminar dan latihan yang melibatkan peserta tempatan dan luar negara.

Menurut Mohd Khairuddin, Malaysia akan menyambut Hari Buluh Sedunia 2020 pada 4 Oktober ini yang dijadual dirasmikan beliau di Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC), Kuala Berang, Terengganu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia