Utusan Borneo (Sarawak)

Bangunan tiga tingkat runtuh di India

Sepuluh maut, 25 masih terperangk­ap dalam tragedi di bandar barat Bhiwandi

-

BHIWANDI: Sepuluh orang telah terkorban manakala 25 lagi mangsa dikhuatiri terperangk­ap selepas sebuah bangunan kediaman tiga tingkat runtuh awal pagi semalam di barat India, menurut pihak berkuasa.

Kemalangan di bandar Bhiwandi, yang berhampira­n bandar utama kewangan Mumbai di India, berlaku pada kira-kira jam 3.40 pagi waktu tempatan, menurut pihak berkuasa tempatan.

“Sepuluh orang telah meninggal dunia, kami telah menyelamat­kan 11 orang yang masih hidup,” kata pegawai di pusat pentadbira­n bandar Thane, yang mengawasi Bhiwandi.

Lebih 40 pekerja kecemasan tiba di tempat kejadian, menurut pegawai, termasuk satu pasukan yang terdiri daripada 30 anggota penyelamat dari Pasukan Respons Bencana Kebangsaan (NDRF).

Pengarah urusan NDRF Satya Narayan Pradhan menyatakan dalam Twitter bahawa pasukan yang dilengkapi peralatan khusus dan anjing pengesan itu telah cuba untuk menyelamat­kan kira-kira 20 hingga 25 mangsa yang dikhuatiri terperangk­ap.

Gambar yang disiarkan dalam laman rasmi Twitter NDRF menunjukka­n para pekerja kecemasan menggeleda­h runtuhan konkrit dan bata tatkala wayar elektrik bergantung­an di atas kepala mereka.

Punca runtuhan masih dalam siasatan namun kejadian seperti ini lazim berlaku ketika monsun JunSeptemb­er di India di mana bangunan lama yang sudah usang mereput selepas hujan tanpa henti selama beberapa hari.

Dalam perkembang­an berasingan, beberapa kerajaan negeri di India membenarka­n 50 peratus kakitangan untuk hadir di sekolah dan kolej bagi menjalanka­n semula tugas pengajaran secara dalam talian dan kaunseling televideo tatkala pandemik COVID-19 masih mengganas di negara itu.

Selain itu, tarikan pelancong utama Taj Mahal dan beberapa sekolah dibuka semula semalam ketika pihak berkuasa meneruskan usaha untuk merancakka­n semula ekonomi yang terjejas teruk meskipun kes jangkitan terus melonjak.

India terpaksa menutup sekolah dan kolej lebih lima bulan gara-gara kes COVID19 yang terus memuncak.

Negara itu yang dihuni 1.3 bilion penduduk dan menempatka­n antara bandar-bandar paling padat di dunia, telah merekodkan lebih 5.4 juta kes jangkitan COVID-19. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TRAGEDI: Para pekerja penyelamat meneruskan usaha mencari mangsa yang masih hidup dan terperangk­ap dalam runtuhan bangunan kediaman tiga tingkat di Bhiwandi, semalam.
— Gambar AFP TRAGEDI: Para pekerja penyelamat meneruskan usaha mencari mangsa yang masih hidup dan terperangk­ap dalam runtuhan bangunan kediaman tiga tingkat di Bhiwandi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia