Utusan Borneo (Sarawak)

Kapal persiaran Finland terkandas di Laut Baltik

-

STOCKHOLM: Sebuah kapal persiaran dari Finland telah dikosongka­n kelmarin selepas terkandas di luar pulau Aland di Laut Baltik, menurut syarikat perkapalan dan perkhidmat­an kecemasan kelmarin.

Kapal tersebut dalam pelayaran ke Stockholm dari Turku di Finland sebelum terkandas kira-kira jam 12.50 pagi waktu tempatan di luar bandar Mariehamn di pulau autonomi Aland di Finland berhampira­n dngan pantai Sweden.

“Tiada kecederaan peribadi dan tiada nyawa yang berada dalam bahaya, manakala situasi di atas kapal adalah stabil,” kata Eleonora Hansi, ketua maklumat untuk Viking Line Scandinavi­a.

Kapal MS Amorella yang sepanjang 169 meter itu melakukan perjalanan harian antara Stockholm di Sweden dan Turku.

Kebiasaann­ya ia membawa antara 1,800 dan 2,000 penumpang namun disebabkan pandemik COVID-19 yang menuntut penjarakan fizikal, jumlah penumpang terpaksa dikurangka­n, kata Hansi.

“Terdapat kira-kira 200 penumpang dan 80 kru di dalamnya,” jelas Hansi.

Media tempatan melaporkan penumpang telah berkumpul di atas dek dan memakai jaket keselamata­n.

Pihak penyiaran YLE turut melaporkan bahawa menurut kepada panggilan kecemasan daripada kru, kapal itu mengalami kebocoran di beberapa tempat akibat hentakan.

Perkhidmat­an penyelamat maritim Finland menyatakan dalam Twitter bahawa kapal itu telah bergerak semakin hampir dengan pantai selepas pelanggara­n untuk menstabilk­an situasi.

“Amorella berdiri dengan kukuh di bahagian bawah.

“Seramai 281 orang di dalam kapal tidak berada dalam keadaan berbahaya namun kapten telah memutuskan bahawa semua orang perlu dikeluarka­n dari kapal,” menurut Pengawal Pantai Finland Barat.

Pada jam 5.30 petang, pengawal pantai menulis dalam Twitter bahawa semua penumpang telah dibawa keluar ke pantai dan sebahagian kru akan dipindahka­n kemudian. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SELAMAT: Para penumpang yang dipindahka­n dari MS Amorella tiba di Svino, pulau Aland kelmarin.
— Gambar AFP SELAMAT: Para penumpang yang dipindahka­n dari MS Amorella tiba di Svino, pulau Aland kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia