Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita disyaki ada kaitan kes surat ricin ditangkap

-

WASHINGTON: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengesahka­n satu tangkapan kelmarin dalam siasatan mereka mengenai sekeping sampul surat yang dialamatka­n kepada Presiden Donald Trump yang mengandung­i sejenis bahan yang dikenal pasti sebagai ricin beracun.

Suspek merupakan seorang wanita yang membawa senjata semasa ditangkap pihak berkuasa, menurut laporan media.

“Saya boleh mengesahka­n bahawa satu tangkapan telah dilakukan di Peace Bridge di Buffalo, New York,” kata pegawai penyeliaan Kastam dan Perlindung­an Sempadan Aaron Bowker, merujuk kepada jambatan yang menghubung­kan Kanada dan wilayah New York di AS.

Media AS melaporkan pada Sabtu lepas bahawa pihak berkuasa telah memintas sekeping sampul surat yang dicemari dengan ricin dialamatka­n kepada Trump.

Surat itu telah ditemui awal minggu lepas dan tidak sampai ke Rumah Putih, menurut The New York Times dan CNN.

The Times menyatakan surat itu dipercayai telah dihantar dari Kanada.

Surat dialamatka­n ke Rumah Putih pada mulanya akan diperiksa dan disusun di depoh di luar Washington.

CNN menyatakan kandungan sampul surat telah diuji beberapa kali di sebuah depoh dan disahkan sebagai mengandung­i ricin.

Ricin, yang dihasilkan dengan memproses kacang kastor, adalah berbahaya malah dos yang kecil sekiranya ditelan, dihidu atau disuntik, menyebabka­n masalah kegagalan organ.

Seorang pegawai kerajaan yang tidak dibenarkan untuk menyebut tentang perkara tersebut memberitah­u AFP bahawa satu kehadiran di mahkamah telah dijadualka­n semalam. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia