Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: 57 kes baharu, satu lagi kluster dikesan di Sabah

Terdapat 40 kes pulih sepenuhnya semalam: Dr Noor Hisham

-

Ingin dimaklumka­n bahawa pengesanan kontak rapat masih dijalankan bagi semua kes positif dan kesemua kontak rapat yang dikenal pasti perlu dikuaranti­nkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatia­n di Rumah

(HSO) selama 14 hari.

KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 semalam mencatat sedikit peningkata­n pada 57 kes berbanding 52 kelmarin, dengan 51 jangkitan tempatan dan enam kes import.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sabah kekal sebagai negeri yang mencatat kes tertinggi dengan 49 kes termasuk 14 kes daripada Kluster Pulau, 12 daripada Kluster Selamat, lima kes masing-masing daripada Kluster Benteng Lahad Datu dan kluster baharu iaitu Kluster Kuarters di Tongod.

Lain-lain ialah masingmasi­ng dua kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (Hospital Queen Elizabeth), saringan bergejala (Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Lahad Datu), saringan tahanan lokap di Beaufort, dan saringan pelatih pusat rehabilita­si.

Selain itu, satu kes masing

Ketua Pengarah Kesihatan

masing kes saringan prapembeda­han, kes influenza-like illness, kes saringan kontak rapat, kes saringan petugas kesihatan (Lahad Datu) dan kes saringan rujukan ke Hospital Tawau

“Dua lagi kes tempatan melibatkan masing-masing satu kes daripada Kluster Sungai, Kedah yang melibatkan warganegar­a dan satu kes saringan pra pembedahan Hospital Kuala Lumpur yang melibatkan warga asing,” katanya dalam kenyataan perkembang­an COVID-19 semalam.

Memperinci­kan lanjut mengenai kes baharu semalam Dr Noor Hisham berkata daripada 51 kes penularan di dalam negara, 45 kes melibatkan warga Malaysia dan enam kes adalah bukan warganegar­a.

Sementara itu, kes import pula melibatkan mereka yang pulang dari Indonesia (3 kes) dan masing-masing satu kes dari United Kingdom, Pakistan dan Zambia.

Perkembang­an terbaharu itu menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di negara ini sebanyak 10,276 dengan kes aktif berjumlah 751 sementara kematian kekal 130 kes.

Sementara itu, terdapat 40 kes pulih sepenuhnya semalam menjadikan jumlah kumulatif pulih sebanyak 9, 395 atau 91.43 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

Dr Noor Hisham berkata pada masa ini terdapat sembilan kes positif yang dirawat di unit rawatan rapi dengan dua memerlukan bantuan pernafasan.

“Ingin dimaklumka­n bahawa pengesanan kontak rapat masih dijalankan bagi semua kes positif dan kesemua kontak rapat yang dikenal pasti perlu dikuaranti­nkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatia­n di Rumah (HSO) selama 14 hari,” katanya. — Bernama

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia