Utusan Borneo (Sarawak)

UTP kekal prestasi cemerlang dalam ranking Universiti Asia

-

IPOH: Universiti Teknologi Petronas (UTP) mengekalka­n kedudukann­ya dalam kumpulan 601-800 dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2021.

Naib Canselor UTP Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata universiti itu yang menerima skor 35, menduduki tempat ketiga terbaik dalam kalangan universiti di Malaysia serta menjadi antara universiti terbaik di dunia.

Beliau berkata dengan status itu, UTP juga menjadi antara universiti swasta terbaik di Malaysia yang dibuktikan menerusi pengiktira­fan secara konsisten oleh Quacquarel­li Symonds (QS), THE, Instrumen Penilaian Penyelidik­an Malaysia (MyRA) serta Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA).

Katanya bagi QS Asia University Rankings 2020, UTP berada di kedudukan 82, menjadikan universiti itu satu-satunya universiti swasta di Malaysia yang berada dalam senarai 100 terbaik QS Asia selain melonjak 43 anak tangga ke posisi ke-439 dalam QS

World University Rangkings 2021.

“Prestasi UTP juga menyinar dalam negara apabila menjadi satu-satunya universiti swasta yang memperoleh penarafan enam bintang oleh MyRA untuk program penyelidik­an dan pengkomers­ilan sejak 2015 dan juga untuk SETARA,” katanya dalam kenyataan semalam.

Selain itu, Mohamed Ibrahim berkata UTP juga berada di kedudukan ke-259 dalam QS World University Rankings by Broad Subject Engineerin­g and Technology 2020.

“Ranking dan penarafan mempunyai nilai sebagai rujukan dan asas penanda aras rakan universiti yang membolehka­n perbanding­an institusi yang lebih bermakna berdasarka­n pengajaran dan pembelajar­an, penyelidik­an, pembanguna­n pelajar dan kecemerlan­gan operasi,” katanya.

Katanya pengiktira­fan itu akan membantu UTP memahami kekuatan dan kelemahan universiti bagi membolehka­n institusi tersebut melaksanak­an penambahba­ikan secara berterusan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia