Utusan Borneo (Sarawak)

Jenazah bekas MB Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar selamat dikebumika­n di Shah Alam

-

SHAH ALAM: Jenazah bekas Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, kira-kira pada 3 petang.

Jenazah Allahyarha­m Wan Mokhtar sebelum itu disolatkan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong di sini selepas solat zohor, diimamkan sendiri oleh anaknya yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Terengganu Wan Abdul Hakim, disertai kira-kira 300 jemaah terdiri daripada ahli keluarga serta sahabat handai.

Solat jenazah dilaksanak­an mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) termasuk pemakaian pelitup muka serta penjarakan fizikal antara jemaah.

Terdahulu di masjid berkenaan, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam meluangkan masa kira-kira 15 minit bagi menziarahi jenazah sementara di tanah perkuburan, kelihatanT­imbalanMen­teri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid turut hadir memberi penghormat­an terakhir.

Wan Mokhtar, 88, meninggal dunia pada 6.20 pagi tadi di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur, akibat komplikasi jantung.

Allahyarha­m yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu berkhidmat sebagai Menteri Besar negeri itu selama 25 tahun dari 1974 hingga 1999.

Sementara itu, Wan Abdul Hakim, 52, yang juga anak keempat Allahyarha­m memberitah­u ayahnya dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Sabtu lepas apabila melihat keadaan kesihatann­ya agak merosot.

“Jantung arwah ayah sebelum ini hanya mampu berfungsi sekitar 20 peratus saja, dan apabila kami melihat kesihatann­ya agak mula merosot, kami hantar arwah ke hospital untuk rawatan.

“Pemergiann­ya mudah, dalam tidur. Kami bersyukur proses kebumi semua lancar,” katanya yang turut memberitah­u Allahyarha­m meninggalk­an lima anak dan 20 cucu.

Dalam pada itu, Rosol ketika ditemui pemberita menyifatka­n pemergian Wan Mokhtar sebagai satu kehilangan besar kepada rakyat Terengganu memandangk­an arwah menabur banyak jasa sepanjang menjadi menteri besar negeri itu.

“Arwah seorang yang amat rendah diri, mudah berbicara dan suka memberi nasihat terutama kepada orang muda. Banyak pembanguna­n di Terengganu antaranya jalan raya diturap tar dan kecemerlan­gan pendidikan merupakan ‘air tangan’ arwah.

“Arwah jugalah individu yang membawa saya ‘masuk’ ke dunia politik dan membimbing saya. Jasanya terlalu besar dan tak terbalas oleh saya. Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga arwah,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEMADI: Wan Muhammad (dua kanan) bersama Wan Abdul Hakim (dua kiri) ketika menyiram air mawar di pusara Wan Mokhtar di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam, Shah Alam semalam.
— Gambar Bernama BERSEMADI: Wan Muhammad (dua kanan) bersama Wan Abdul Hakim (dua kiri) ketika menyiram air mawar di pusara Wan Mokhtar di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam, Shah Alam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia