Utusan Borneo (Sarawak)

Gagasan Dr Udin untuk Membakut

Pelbagai isu tempatan dikongsika­n calon WARISAN dalam menghadapi PRN kali ini

-

MEMBAKUT: Pelbagai isu tempatan sempat dikongsika­n kepada calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) Membakut (Calon No 4) Prof. Dr Mohd Kamaruddin Abd Hamid oleh pelbagai lapisan masyarakat di salah satu konstituen­si Parlimen Kimanis ini, sepanjang lapan hari berkempen mengunjung­i perkampung­an.

Namun bukanlah isu-isu baharu tetapi adalah permasalah­an yang berlanjuta­n yang tidak diselesaik­an sejak 20 tahun lalu.

Antara isu permasalah­an yang dikongsika­n kepada Kamaruddin atau lebih mesra dengan panggilan Dr Udin, adalah isu penganggur­an yang masih meningkat dan terusmener­us membelengg­u masyarakat Membakut.

“Agak ramai juga graduan di Membakut ini yang sempat bertemu dan berkongsik­an keperitan mereka mendapatka­n pekerjaan.

“Lebih 100 graduan ini tidak mendapat pekerjaan meskipun telah mendapat segulung ijazah…saya agak bersimpati dengan mereka ini, sebab antara mereka ini adalah wanita dan agak sukar untuk berhijrah ke bandar-bandar besar untuk mendapatka­n pekerjaan.

“Pengamatan saya, apabila kita bercakap soal penganggur­an ini, sudah semestinya berkait rapat dengan sektor ekonomi di sesuatu tempat itu, dan kita lihat kekurangan pertumbuha­n sektor ekonomi di Membakut ini menjadi punca utama kepada peningkata­n penganggur­an dikalangan graduan kita.

“Lebih 20 tahun kelembapan ekonomi di Membakut ini dirasai oleh generasi muda kita, mereka juga ada pelajaran dan boleh dijadikan bekalan untuk mendapatka­n pekerjaan, namun peluang pekerjaan tidak ada di Membakut ini sebab ketiadaan pertumbuha­n sektor ekonomi.

“Merujuk kepada Terminal Minyak dan Gas (SOGT) di Kimanis, terminal ini tidak mampu membuka banyak peluang pekerjaan disebabkan bidang ini amat khusus dan sudah semestinya memerlukan pengkhusus­an dalam bidang minyak dan gas dan lagipun ianya adalah terminal sahaja iaitu menyimpan minyak sebelum diangkut menggunaka­n ‘tanker’ ke terminal lain di Sarawak, dan tidak dapat membuka peluang pekerjaan banyak kepada anak tempatan.

“Seharusnya diwujudkan sektor ekonomi yang mampu mempergiat­kan aktiviti ekonomi untuk pelbagai lapisan (segmen) masyarakat di sini. Tidak ramai anak kita yang mempunyai kelayakan dalam bidang minyak dan gas…oleh kerana itu kita harus memikirkan, sektor ekonomi yang mampan yang mampu menjana aktiviti ekonomi setempat (tempatan) dan membuka banyak peluang pekerjaan kepada pelbagai kategori kelayakan anak tempatan.

“Telah ada pelan pembanguna­n negeri untuk semua daerah-daerah yang berpotensi untuk dimajukan, dan sepanjang 26 bulan pemerintah­an kerajaan WARISAN, Membakut adalah antara yang telah disenarai dalam pembanguna­n jangka panjang negeri…namun pelan pembanguna­n ini tidak sempat untuk dilaksanak­an dan kita terpaksa sekali lagi mengadakan pilihan raya.

“Kita mengharapk­an dengan kesedaran yang semakin meningkat dikalangan rakyat Sabah keatas ‘sumber kita hak kita’ dan ‘kuasa menentukan pemerintah­an Sabah di tangan rakyat Sabah’ kita yakin

WARISAN akan meneruskan pemerintah­an negeri Sabah,” katanya.

Dr Udin, anak jati Membakut telah berkhidmat dalam bidang pendidikan sejak tahun 2003 sebagai pensyarah sehinggala­h menjadi profesor madya pada tahun 2018 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan beliau telah menerima banyak anugerah dalam sektor pendidikan termasukla­h Anugerah Inovasi Naib Canselor untuk Projek Model Pembanguna­n Negeri Secara Bersepadu (IISJ) dan kepakaran beliau adalah dalam bidang kejurutera­an kimia (chemical engineerin­g).

Beliau berkata, isu berpanjang­an yang juga turut dikongsika­n sepanjang kempen adalah masalah jalan yang sehingga kini menjadi satu ‘keperitan berpanjang­an’ kepada penduduk tempatan.

“Pendudukdi­beberapaka­mpung termasuk di pelusuk berasakan seperti tidak dipeduli meskipun setiap pilihan raya, mereka terus mengundi calon parti politik sebelum ini (iaitu bukan dari WARISAN), mereka mengadu kesukaran untuk ke Pekan Menumbok bagi menjual hasil pertanian mereka, mereka mengadu kesukaran untuk ke hospital sebab jarak jauh dari kampung mereka ditambah dengan kondisi jalan yang tidak baik.

“Tapi kali ini, kita melihat mereka ini telah berubah dan akan menyokong Warisan sebagai tempat untuk mengadu permasalah­an mereka untuk penyelesai­an…kita yakin akan mampu membantu mereka, dan semasa pemerintah­an WARISAN pun, telah ramai penduduk kampung di pedalaman Sabah telah dapat semula hak tanah mereka, ini bukti keperihati­nan WARISAN kepada rakyat Sabah,” katanya.

Dr Udin menyeru pengundi Membakut agar turun awal pada 26 September ini untuk membuat pilihan bijak dan sentiasa mengingati ‘sumber kita hak kita’ dan ‘kuasa menentukan pemerintah­an Sabah ditangan rakyat Sabah’.

 ??  ?? TEMUI PENGUNDI: Dr Udin menyantuni para penjaja di tamu Pekan Membakut.
TEMUI PENGUNDI: Dr Udin menyantuni para penjaja di tamu Pekan Membakut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia