Utusan Borneo (Sarawak)

Calon baharu LDP Karambunai semakin diterima rakyat

- Oleh Hassim Haji Othman

KOTA KINABALU: Perjalanan kempen pilihan raya calon LDP bagi DUN Karambunai dalam tempoh 10 hari ini amat luar biasa.

Calon LDP N16 Karambunai Marajoh Unding berkata, boleh dikatakan sokongan daripada pelbagai bangsa seperti Cina, Melayu, Kadazan dan lainnya sangat memuaskan.

“Satu kerana mereka melihat saya adalah calon baharu dan belum pernah bertanding dalam politik dan saya menyumbang di kawasan Karambunai ini sudah lama, hampir 10 tahun,” katanya.

Katanya, dan mereka nampak satu polisi yang dibawa oleh LDP itu mengetenga­hkan calon-calon baharu, calon-calon yang tidak ada prestasi dan rekod di dalam kepimpinan politik yang lampau.

“Jadi dalam pemilihan ini rakyat boleh melihat dalam integriti kepimpinan, cara LDP memilih kepimpinan yang dicalonkan nampak lebih kepada konsep ingin mengubah negeri Sabah kepada sebuah pentadbira­n baharu dengan kepimpinan-kepimpinan baharu.

“Dan ini yang ditunggu oleh rakyat sebenarnya. Kerana rakyat sudah bosan dengan kepimpinan­kepimpinan lama yang berjanji tidak menentu, tapi tidak ditunaikan.

“Alhamdulil­lah, saya melihat hari ini sokongan penduduk di Karambunai begitu kuat, dan kita juga perlu bekerja dengan lebih kuat untuk terus memenangi hati rakyat berbilang kaum di sini,” katanya.

Marajoh berkata demikian ketika ditemui, semasa majlis Santai Bersama Calon LDP N19 Likas Sim Fui di kawasan perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Keramat, Likas di sini kelmarin.

Selain Sim Fui, turut hadir ialah Pemangku Presiden LDP Chin Su Phin juga calon LDP Api-Api dan calon LDP Darau Sumali@ Marino Ahmad.

Pada majlis itu Marajoh mengharapk­an agar pengundi-pengundi di kawasan perumahan PPR Kg. Keramat akan memberikan mandat yang tidak berbelah bahagi kepada calon muda LDP N19 Likas iaitu Sim Fui pada 26 September nanti.

 ??  ?? MAKIN DITERIMA: Marajoh (berdiri) bersama (dari kiri) Chin Su Phin, Sim Fui dan Sumali@ Marino Ahmad ketika berucap di majlis itu.
MAKIN DITERIMA: Marajoh (berdiri) bersama (dari kiri) Chin Su Phin, Sim Fui dan Sumali@ Marino Ahmad ketika berucap di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia