Utusan Borneo (Sarawak)

Tugas Pirlo bimbing skuad Juventus memberangs­angkan

Berjaya mengalahka­n Sampdoria dengan kemenangan 3-0, lancar kempen memburu kejuaraan liga ke-10

-

Saya akan mendapatka­n inspirasi dari pasukan yang telah mengagumka­n – masa tidak banyak, para pemain kembali dari pasukan kebangsaan, kami hanya

” bekerja bersama selama seminggu.

MILAN: Andrea Pirlo memulakan kariernya sebagai jurulatih dengan kemenangan apabila Juventus melancarka­n kempen mereka untuk memenangi kejuaraan liga ke-10 berturut-turut dengan kemenangan 3-0 ke atas Sampdoria kelmarin.

Pemain dari Sweden yang membuat penampilan sulung, Dejan Kulusevski, membuka jaringan selepas 13 minit di Turin dan Leonardo Bonucci menambah gol kedua pada minit ke-78 dan Cristiano Ronaldo gol ketiga pada hujung perlawanan.

Perlawanan itu berlangsun­g di depan 1,000 penonton selepas stadium Serie A dibuka semula kelmarin kepada jumlah penyokong yang terhad selepas sekatan pergerakan selama tujuh bulan akibat koronaviru­s.

Pirlo tidak mungkin mengharapk­an permulaan yang leboh baik kepada kariernya sebagai jurulatih selepas dia mengambil alih tugas daripada Maurizio Sarri pada musim panas ini.

Kemenangan ke atas Sampdoria, yang dilatih oleh veteran Claudio Ranieri, dicapai hanya beberapa hari sahaja selepas bekas bintang Itali dan Juventus itu menerima diploma kejurulati­hannya.

“Ia akan memakan masa untuk melaksanak­an mod permainan, tetapi saya tidak akan salin dan tampal,” kata pengurus berusia 41 tahun itu.

“Saya akan mendapatka­n inspirasi dari pasukan yang telah mengagumka­n – masa tidak banyak, para pemain kembali dari pasukan kebangsaan, kami hanya bekerja bersama selama seminggu.

“Hari ini dan sudah pun dengan perlawanan persa

Andrea Pirlo

habatan menentang Novara, kami sudah melihat sesuatu, ia akan memakan masa. Kami kekurangan pemain tetapi kami mencuba sedaya upaya dengan apa yang ada pada kami.”

Juventus memberikan penampilan sulung kepada pemain baharu Weston McKennie dan Kulusevski, yang tiba dari Atalanta pada Januari lalu sebelum dia pulang segera ke Parma sebagai pemain pinjaman.

Kulusevski merembat masuk gol pertama dalam satu gerakan yang dimulakan oleh Ronaldo, yang melakukan cubaan yang terkena palang gol beberapa minit kemudian.

Tetapi ia tidak sehingga suku terakhir dalam masa sejam baharulah juara itu akhirnya memastikan kemenangan dalam perlawanan yang mereka dominasi, tetapi Aaron Ramsey melepaskan peluang untuk menjaringk­an gol keempat pada hujung perlawanan.

“Saya sangat kecewa, saya tidak menjangkak­an persembaha­n yang begitu membosanka­n daripada pasukan saya,” kata Ranieri.

“Kami takut. Juventus kelaparan, kami tidak.”

Juventus seterusnya bertandang ke Roma pada minggu depan selepas

Jurulatih Juventus

pasukan ibu kota itu diikat tanpa jaringan dalam perlawanan pembukaan mereka pada Sabtu lepas, sebelum mereka menerima kunjungan Napoli, yang menang 2-0 pada hujung minggu lepas ke atas Parma. — AFP

 ??  ?? SENGIT: Dejan Kulusevski (tengah) diasak pemain Sampdoria Gambian Omar Colley (kiri) pada perlawanan Serie A Itali antara Juventus menentang Sampdoria kelmarin di stadium Juventus di Turin.
RONALDO
PIRLO
SENGIT: Dejan Kulusevski (tengah) diasak pemain Sampdoria Gambian Omar Colley (kiri) pada perlawanan Serie A Itali antara Juventus menentang Sampdoria kelmarin di stadium Juventus di Turin. RONALDO PIRLO
 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia