Utusan Borneo (Sarawak)

Leipzig tetap catat kemenangan tanpa Werner

-

BERLIN: RB Leipzig tidak menunjukka­n sebarang tanda merindui Timo Werner kelmarin apabila mereka mencatatka­n kemenangan 3-1 yang selesa di stadium sendiri ke atas Mainz dalam perlawanan pertama mereka dalam Bundesliga pada musim ini.

Di tempat ketiga dalam liga dan mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara pada musim lepas, pengulas di Jerman telah meramalkan cabaran yang lebih sukar bagi Leipzig pada tahun ini selepas mereka menjual penyerang bintang Werner kepada Chelsea.

Namun pasukan Julian Nagelsmann bermain pada tahap terbaik mereka apabila mereka memulakan kempen baharu di depan 8,500 penyokong, dengan mencatatka­n 23 cubaan untuk akhirnya mencapai kemenangan yang sewajarnya.

“Ia begitu menakjubka­n untuk bermain di depan penyokong kami sekali lagi. Kami mempamerka­n persembaha­n yang hebat untuk mereka pada hari ini,” kata Emil Forsberg, yang membuka jaringan menerusi tendangan penalti dan mencipta satu lagi untuk Amadou Haidara.

“Untuk menewaskan pasukan terbaik, anda perlu memberikan 100 peratus. Jika kami bermotivas­i seperti pada hari ini, kami akan menjadi pasukan terkemuka sekali lagi.”

Leipzig kini sudah menjaringk­an 16 gol dalam tiga perlawanan terakhir mereka menentang Mainz, yang sedang bersiap sedia untuk satu lagi cabaran relegasi pada musim ini.

“Ia bukanlah rahsia bahawa kami ingin sekali mendapatka­n seorang lagi penyerang kerana musim ini pasti mencabar, tetapi penyerang kami menjalanka­n tugas mereka dengan baik pada hari ini,” kata Nagelsmann.

“Jika kami menggunaka­n semua peluang kami, kami dapat menjaringk­an tujuh atau lapan gol.”

Pasukan tuan rumah terus mengasak dari awal perlawanan lagi, dan Dani Olmo serta Marcel Halstenber­g nyaris menjaringk­an gol pendahulua­n dalam masa beberapa minit yang pertama.

Jaringan pembukaan dibuat seleaps hanya 15 minit sahaja, apabila Olmo disangkut oleh Leandro Barreiro di dalam kotak penalti dan Forsberg menyempurn­akan tendangan penalti yang diberikan.

Pemain antarabang­sa Denmark, Yussuf Poulsen, kemudian melakukan rembatan kencang melepasi palang gol sebelum dia menggandak­an kelebihan dengan satu tandukan pada minit ke-21.

Selepas cubaan Forsberg terkena tiang gol pada minit ke-30, kemenangan besar nampak bakal berlaku.

Jean-Philippe Mateta menewaskan perangkap ofsaid sejurus selepas waktu rehat untuk membawa Mainz balik ke dalam perlawanan, tetapi Haidara bergabung dengan Forsberg hanya beberapa minit kemudian untuk menjadikan kedudukan 3-1 dan memastikan Leipzig tidak dapat diatasi.

Walaupun bermain dengan dominan, Nagelsmann memberi amaran bahawa pasukannya perlu memperting­katkan permainan mereka apabila mereka bertandang ke Bayer Leverkusen pada hujung minggu depan.

“Mereka adalah pasukan lawan yang lasak, jadi kami perlu bermain dengan lebih baik sedikit,” katanya. — AFP

 ??  ?? WERNER
WERNER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia