Utusan Borneo (Sarawak)

Mbappe pemangkin semangat PSG, tewaskan Nice 3-0

-

PARIS: Kylian Mbappe kembali ke barisan kesebelasa­n utama bagi Paris SaintGerma­in (PSG) kelmarin dan menjaringk­an gol pembukaan dalam kemenangan 3-0 di Nice yang menandakan satu lagi langkah dalam perjalanan menuju pemulihan bagi juara Perancis itu.

Pemain berusia 21 tahun itu, yang didapati positif bagi koronaviru­s pada 7 September lalu, menemui sasaran menerusi tendangan penalti pada minit ke-38.

Angel di Maria menambah gol kedua sejurus sebelum waktu rehat dan Marquinhos menanduk masuk gol ketiga selepas 66 minit.

Mbappe menyangka dia sudah menjaringk­an gol keempat pada hujung perlawanan tetapi ia didapati ofsaid.

Dia digantikan oleh Pablo Sarabia sejurus kemudian.

Ia merupakan kemenangan kedua berturut-turut dalam Ligue 1 bagi PSG yang memulakan musim selepas mengalami kekalahan dalam perlawanan akhir Liga JuaraJuara.

Mereka tewas dalam dua perlawanan pembukaan mereka dan perlawanan kedua menentang Marseille berakhir dengan pergaduhan besar-besaran yang membawa kepada penggantun­gan penyerang Brazil, Neymar.

Dengan Marco Verratti yang juga sudah kembali bermain,

PSG jarang kelihatan bermasalah di bawah sinaran matahari yang cerah di rantau

Mediterran­ean.

Apabila Khephren Thuram-Ulien yang berusia 19 tahun menyangkut buku lali Mbappe ketika penyerang itu meluru ke dalam kotak penalti, penyerang Perancis itu bangun untuk merembat bola tinggi ke dalam gawang.

Empat minit kemudian, Nice hampir menyamakan kedudukan apabila penjaga gol PSG Keylor Navas terpaksa merebahkan badan dengan tangkas ke sebelah kirinya untuk menolak keluar rembatan Rony Lopes.

Mbappe terlibat dalam aksi lagi apabila perlawanan memasuki masa tambahan pada hujung separuh masa pertama.

Selepas dia berjaya mengelecek dua pemain pertahanan, Mbappe meledakkan rembatan tajam yang ditampan dengan baik oleh penjaga gol Nice, Walter Benitez, tetapi ia sampai ke kaki Di Maris, yang menolak bola masuk untuk kedudukan 2-0.

PSG terus mengawal perlawanan selepas waktu rehat dan dihadiahka­n dengan gol ketiga apabila Marquinhos berada di depan barisan pertahanan untuk menanduk bola masuk. — AFP

 ??  ?? MBAPPE
MBAPPE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia