Utusan Borneo (Sarawak)

Serie A: Osimhen sumber inspirasi kemenangan Napoli

-

ROME: Victor Osimhen ternyatame­mainkanper­anan penting dalam penampilan sulungnya dalam Serie A apabila dia memberi inspirasi kepada Napoli untuk mencatatka­n kemenangan pembukaan musim 2-0 di Parma kelmarin, perlawanan pertama di mana penonton dibenarkan untuk kembali ke stadium di Itali. Kerajaan Itali bermula kelmarin membenarka­n

seramai 1,000 penonton di acara suka terbuka.

Napoli bimbingan Rino Gattuso dan pasukan jurulatih baharu Parma, Fabio Liverani, menentang satu sama lain di depan perhimpuna­n yang kecil di Stadio Ennio Tardini.

Selepas sejam pertama yang hambar di Emilia Romagna, Osimhen dimasukkan sebagai pemain gantian untuk memberikan kejutan elektrik kepada pasukan Gattuso.

Dries Mertens dan Lorenzo Insigne menjaringk­an kedua-dua gol selepas kemasukann­ya yang dicipta oleh Hirving Lozano dari Mexico.

“Oshimen buat masa sekarang ada gear tambahan,” kata Gattuso tentang pemain berusia 21 tahun itu yang dibeli oleh Napoli dari kelab Lille di Perancis dengan harga rekod kelab 80 juta euro untuk musim panas ini.

“Dia adalah budak yang serius dan tidak lupa dari mana dia datang, dia kehilangan ibu bapanya ketika dia masih kanak-kanak lagi, dia adalah seorang pemuda dengan kepala seseorang berusia 40 tahun.”

Pertukaran taktik yang penting melonjak Napoli daripada peluang kosong kepada enam peluang, dengan dua jaringan, dan jumlah sama bagi cubaan yang nyaris menjaringk­an gol.

Selepas dia dimasukkan, Osimhen menyambut bola hantaran lintang Lozano untuk menekan pemain pertahanan Parma Simone Iacoponi yang menolak bola ke laluan Mertens yang melakukan jaringan selepas 63 minit.

Cubaan Insigne terkena tiang gol sebelum dia menjadikan kedudukan 2-0 selepas 77 minit, untuk memberikan kepada Parma, yang menduduki tempat ke-11 pada musim lepas, kekalahan pertama di depan pemilik baharu mereka dari Amerika Syarikat, Kyle Krause, yang membeli pegangan sebanyak 90 peratus di dalam kelab itu pada minggu lepas.

Sementara itu, bagi Napoli, ia adalah langkah pertama dalam usaha mereka untuk kembali ke Liga Juara-Juara pada musim depan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia