Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah menang 1 emas, 2 gangsa kejohanan berbasikal

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Atlet berbasikal Sabah menang satu pingat emas dan dua gangsa pada Kejohanan Berbasikal Kebangsaan Jalan Raya 2020 di Bukit Katil, Melaka pada 18 hingga 20 September lalu.

Pingat emas dimenangi Waldron Chee dalam acara Ujian Masa Individu (ITT) kategori lelaki junior manakala gangsa dimenangi Lim Chun Kiat dalam acara sama kategori lelaki bawah 23 tahun (B23) dan pasukan yang dibarisi Waldron, Chun Kiat dan Bong Yong Xian dalam acara Ujian Masa Berpasukan (TTT) Lelaki Elit.

Jurulatih, Louis Pang berkata, Sabah hanya diwakili empat atlet pada kejohanan selama tiga hari itu. Seorang atlet lagi ialah Dani Irfan yang turut bertanding dalam acara ITT lelaki junior.

“Saya gembira dengan prestasi dan pencapaian semua atlet. Waldron melakukan kayuhan sempurna secara taktikal dan teknikal. Beliau catat masa terpantas dua `lap’. Tahniah kerana menang emas,” kata Louis ketika dihubungi semalam.

Waldron mengalahka­n atlet Terengganu A, Kee Zhe Yie yang terpaksa berpuas hati hanya menang pingat perak manakala gangsa dimenangi atlet Negeri Sembilan, Hazeman Muhammad.

“Saya juga bangga dengan dua gangsa yang dimenangi kerana mereka bersaing dengan pelumba ternama dan profesiona­l. Ia adalah pencapaian menakjubka­n dari mereka.

“Ia juga pengalaman dan pendedahan baik buat Dani kerana ia adalah penampilan pertamanya dalam acara ITT,” katanya.

Louis berkata, Sabah menunjukka­n persembaha­n menakjubka­n walaupun hanya menang gangsa dalam acara TTT Lelaki Elit kerana mereka mengalahka­n pasukan Persatuan Lumba Basikal Angkatan Tentera (ATM) yang dibarisi atlet berbasikal sepenuh masa dan Kuala Lumpur yang lebih berpengala­man.

Kuala Lumpur menduduki tempat keempat manakala ATM di tangga kelima. Pingat emas dimenangi Team Sapura Cyling sementara pingat perak dimiliki Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita kalah kepada PDRM dan Sapura, sebuah pasukan profesiona­l baru. Sebab itu kita amat bangga dengan atlet kita kerana mampu memberi saingan sengit kepada lawan dari kalangan profesiona­l di negara ini,” kata Louis.

Dalam acara ITT Lelaki B23, Chun Kiat juga kalah kepada dua atlet Sapura iaitu Abdul Rasim yang menang pingat emas dan Mohd Shukri, pemenang pingat perak.

“Bagaimanap­un Chun Kiat mengalahka­n beberapa atlet pasukan TSG Terengganu termasuk Wan Badrulfadl­i yang menduduki tempat keempat.

“TSG adalah pasukan yang diwakili atlet profesiona­l dan sudah ternama termasuk pernah menang Tour de Langkawi serta beberapa perlumbaan antarabang­sa. Sebab itu kita amat bangga dengan pencapaian atlet-atlet kita,” kata Louis.

 ??  ?? EMAS: Louis (kanan) besama Waldron yang menunjukka­n pingat emas yang dimenangin­ya dalam acara ITT Lelaki Junior Kejohanan Berbasikal Jalanraya Kebangsaan di Melaka, barubaru-baru ini.
EMAS: Louis (kanan) besama Waldron yang menunjukka­n pingat emas yang dimenangin­ya dalam acara ITT Lelaki Junior Kejohanan Berbasikal Jalanraya Kebangsaan di Melaka, barubaru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia