Utusan Borneo (Sarawak)

SAR WANITA HILANG BELUM TEMUI PETUNJUK BAHARU

-

PUSA: Tiada petunjuk baharu ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga emas yang dilaporkan hilang dari Kampung Semarang setakat semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok Nazry Mohamat berkata, SAR yang memasuki hari ketujuh semalam masih belum menemui sebarang petunjuk berkaitan kehilangan mangsa.

“Hari ini (semalam) pasukan mencari seramai 35 orang dibahagika­n kepada empat kumpulan.

“Fokus pencarian tertumpu di kawasan sungai berhampira­n kebun mangsa serta laluan kawasan kampung menuju ke kebun mangsa.

“Radius pencarian diperluask­an sehingga 1.5 kilometer dengan setiap kumpulan diarahkan melakukan pencarian terperinci pada jarak 700 meter dari sektor pencarian ditetapkan,” katanya kepada media di sini semalam.

Menurutnya, sehingga jam 4 petang semalam, mangsa Ra’obah Morni, 69, dari Kampung Semarang masih belum ditemui.

Dalam kejadian itu, mangsa disedari hilang oleh kakaknya setelah tidak balik ke rumah hingga lewat petang.

Berdasarka­n maklumat diterima, adiknya pergi ke kebun awal pagi namun hingga jam 4.30 petang mangsa dilaporkan belum balik ke rumah.

Melihat situasi itu, kakak mangsa berasakan adiknya tersesat dan memohon bantuan penduduk kampung mencari dan mengesan keberadaan adiknya.

Pada hari kehilangan­nya, mangsa dilaporkan menggunaka­n baju-T berwarna ‘maroon’ dan seluar panjang berwarna hitam.

“Sehingga kini, SAR masih diteruskan dan disambung esok (hari ini) jika mangsa masih gagal ditemui,” jelas Nazry.

Turut terlibat dalam SAR itu ialah lima anggota bomba, tiga PDRM, lapan APM, dua anggota RELA dan lebih 20 penduduk kampung.

 ??  ?? SIAP SEDIA: Pasukan SAR diberi taklimat ringkas
oleh bomba sebelum memulakan pencarian.
SIAP SEDIA: Pasukan SAR diberi taklimat ringkas oleh bomba sebelum memulakan pencarian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia