Utusan Borneo (Sarawak)

IGAUAN NGERI MUARA SARIBAS

Tujuh keluarga berdepan hakisan tebing sungai yang kian menghampir­i rumah mereka di Kampung Semarang.

- Oleh Kepu Sidi

PUSA: Tujuh keluarga yang tinggal di tebingan muara Batang Saribas melahirkan kebimbanga­n terhadap ancaman hakisan tebing sungai yang kian menghampir­i kediaman mereka di Kampung Semarang di sini.

Seorang penduduk, Awang Abu Bakar Awang Talib berkata, fenomena air pasang besar yang berlaku beberapa hari lalu telah memburukka­n lagi keadaan hakisan tanah yang berlaku di kawasan tersebut.

“Air pasang besar dan laut bergelora di bahagian muara sungai ini telah membadai tebing sungai berhampira­n kediaman kami dan menyebabka­n hakisan tebing berlaku dengan agak pantas dan di luar jangkaan kami.

“Sejak 60 tahun kami tinggal di kawasan ini, fenomena air pasang besar kali ini adalah yang terburuk pernah berlaku dan ia merupakan igauan ngeri yang tidak mungkin kami lupakan.

“Kami pernah mengemukak­an permohonan untuk membina benteng hakisan di kawasan ini pada 2007, namun sehingga kini belum ada respons positif daripada pihak berkenaan,” kata Awang Abu Bakar, semalam.

Kediaman penduduk yang berisiko terjejas tersebut terletak lebih kurang 80 meter dari Masjid Darul Ihsan, Kampung Semarang yang musnah akibat dibadai ombak besar beberapa hari lepas.

Masjid yang dibina pada 1959 itu kini tidak lagi dapat digunakan susulan strukturny­a rosak teruk dalam insiden terbabit. Justeru, Awang Abu Bakar bersama beberapa penduduk lain berharap agar kerajaan mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah hakisan tebing sungai itu.

“Kita khuatir dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakang­an ini akan memburukka­n lagi keadaan dan boleh menyebabka­n rumah kami terjejas.

“Kita amat berharap usaha membina benteng hakisan atau tindakan lain diambil segera untuk mengatasi masalah ini sebelum masalah lain berlaku,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok Nazry Mohamat yang turut dihubungi penduduk bagi meninjau keadaan di lokasi berkenaan berkata, hakisan turut menjejaska­n struktur beberapa jalan kampung.

“Hasil pemantauan yang dilakukan di lokasi berkenaan mendapati hakisan yang berlaku terletak hanya lebih kurang 100 meter dari rumah penduduk.

“Melalui pemantauan ini juga, kita mendapati hakisan tersebut boleh bertambah dan berlaku lagi,” kata Nazry ketika dihubungi semalam.

 ??  ?? TERDEDAH: Keadaan hakisan tebing sungai yang membelengg­u penduduk di Kampung Semarang, Pusa.
TERDEDAH: Keadaan hakisan tebing sungai yang membelengg­u penduduk di Kampung Semarang, Pusa.
 ??  ?? ROSAK TERUK: Keadaan Masjid Darul Ihsan, Kampung Semarang yang rosak teruk sejurus selepas dibadai ombak besar baru-baru ini.
ROSAK TERUK: Keadaan Masjid Darul Ihsan, Kampung Semarang yang rosak teruk sejurus selepas dibadai ombak besar baru-baru ini.
 ??  ?? AWANG ABU BAKAR
AWANG ABU BAKAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia