Utusan Borneo (Sarawak)

BEKALAN ELEKTRIK YANG LEBIH BAIK UNTUK BETONG, PUSA DAN SARATOK

Jalur bervoltan tinggi disambung ke Substesen Serudit bulan depan

-

KUCHING: Sekitar 12,000 pelanggan Sarawak Energy Berhad (SEB) di Betong, Pusa dan Saratok bakal menikmati bekalan elektrik yang lebih baik apabila jalur penghantar­an bervoltan tinggi disambungk­an ke Substesen Serudit 275/132/33kV yang baharu pada Disember ini.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, projek tersebut merupakan sebahagian daripada usaha SEB untuk memenuhi permintaan masa hadapan dengan pembanguna­n dan pertumbuha­n di daerah tersebut yang dianggarka­n bernilai RM200 juta.

“SEB memberi jaminan kepada pelanggan bahawa pihaknya akan memodenkan sistem bekalan kuasa Sarawak yang boleh dipercayai dan berpatutan untuk rakyat.

“Dengan berbuat demikian, kemungkina­n terdapat gangguan terhadap kerja-kerja pengukuhan ini dilaksanak­an,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat SESCO Berhad (Utiliti SEB) Lau Kim Swee dalam kenyataan tersebut.

Menurutnya juga, SEB berharap mereka yang terjejas akan memberi kerjasama agar kerja pengukuhan tersebut dapat dilaksanak­an dengan baik bagi memenuhi permintaan beban bekalan tenaga di Betong, Pusa dan Saratok yang semakin meningkat.

Sementara itu, Pengurus SEB Wilayah Barat, Choo

SEB memberi jaminan kepada pelanggan bahawa pihaknya akan memodenkan sistem bekalan kuasa Sarawak yang boleh dipercayai dan

” berpatutan untuk rakyat.

Lau Kim Swee

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat SESCO Berhad

Min Chong berkata kerjakerja penyambung­an akan dilakukan dalam dua fasa, dengan fasa pertama dari 23 November hingga 1 Disember dan fasa kedua dari 14 hingga 22 Disember.

“Pada masa itu, salah satu daripada dua saluran penghantar­an kami akan ditutup tetapi ini tidak akan mempengaru­hi bekalan kepada pelanggan kami.

“Namun, kerana sistem kami hanya bergantung kepada satu talian untuk bekalan elektrik, sebarang gangguan pada talian tersebut akan menyebabka­n gangguan bekalan kepada pelanggan kami di kawasan-kawasan ini,” tambahnya.

Sebagai langkah berjagajag­a, SEB akan menghantar pasukan teknikal untuk bersiap sedia di lokasi strategik bagi mempercepa­tkan masa tindak balas dan pemulihan jika diperlukan.

“Semua persiapan yang diperlukan, termasuk kerjakerja pengurusan membersihk­an belukar atau samun dan penyelengg­araan telah dilakukan untuk mencegah gangguan bekalan agar kerja disiapkan dengan selamat dalam waktu yang singkat,” kataya lagi.

Orang ramai disarankan untuk menghubung­i Talian Khidmat Pelanggan SEB di talian 1300-88-3111, e-mel di customerca­re@sarawakene­rgy.com atau menggunaka­n aplikasi mudah alih Sarawak Energy SEB CARES untuk maklumat lanjut.

 ??  ??
 ??  ?? CANGGIH: Substesen Serudit 275kV/132kV/33kV yang baharu.
CANGGIH: Substesen Serudit 275kV/132kV/33kV yang baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia