Utusan Borneo (Sarawak)

Masing pemangku Pengerusi JPBNS

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing menyertai mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) sebagai pemangku pengerusi jawatankua­sa itu buat pertama kalinya semalam.

Masing memangku jawatan tersebut daripada Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang berehat sebulan selepas menjalani pembedahan kecil di sebuah hospital swasta di sini.

Pada mesyuarat yang berlangsun­g menerusi Zoom dari pejabatnya itu, Masing yang juga Menteri Infrastruk­tur dan

Pembanguna­n Pelabuhan mengingatk­an semua pihak untuk kekal berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga supaya Kuching yang diisytihar­kan sebagai kawasan Zon Merah dapat bertukar kepada Zon Kuning seterusnya Hijau.

“Padamasaya­ngsama,orang ramai mesti mematuhi ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan Sarawak dan pusat tidak kira di zon mana anda berada,” katanya.

Masing turut menyatakan kebimbanga­nnya mengenai keselamata­n sempadan.

Justeru, beliau mengingatk­an semua agensi memantau sempadan untuk memastikan tiada pendatang haram merentasi sempadan Sarawak.

“Jawatankua­sa akan bermesyuar­at pada Ahad ini untuk memutuskan status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuching dilanjutka­n atau tidak,” katanya.

Mengenai perjalanan antara zon dari Zon Merah ke Hijau dan Kuning, beliau berkata ia memerlukan permit polis.

Bagaimanap­un, pergerakan antara Zon Hijau adalah dibenarkan dan semua aktiviti perniagaan dibenarkan tertakluk kepada SOP, katanya yang memangku jawatan Pengerusi JPBNS sehingga 17 Disember depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia